Random Awesome

Salam 1 Malaysia

Secara tiba-tiba rindu zaman muda-mudi remaja Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYTRA), Kangar, Perlis kembali menyerang. Oleh itu, saya letak 10 gambar kenangan 2001-2005 secara random dan sengaja. :D

Sumber :
Gambar - Persendirian










Ucapan Hari Lahir 24 Jun 2012 - TQ SEMUA!


Tesis Latihan Ilmiah Siap Dijilid - TQ SEMUA!

Salam 1 Malaysia
Yay & Syukur Alhamdulillah. Tanggal 8 Jun 2012 yang lalu, saya telah siap menghantar 2 salinan tesis yang dijilid beserta salinan CD-ROM dan borang-borang yang berkaitan ke kaunter Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi. Akhirnya tempoh perlanjutan 2 tahun membuahkan hasil dan kini saya layak untuk bergraduasi pada bulan Oktober nanti. Saya merupakan pelajar kedua dari pusat tersebut yang siap menghantar tesis, ada sedikit kebanggaan di situ. Viva yang entah apa-apa itu telah selesai pada hari Isnin waktu petang yang dihadiri penyelia saya yang tabah iaitu Dr. Fauzi dan penilai saya yang happy-go-lucky, Dr. Sahidan. Lega! 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, malas nak menaip nama-nama korang haha. Dengan bantuan anda semua, terhasillah tesis Kesan Penambahan Dedak Padi Dan Urea Terhadap Pertumbuhan Miselium Cendawan Pleurotus cystidiosus. Lega lagi! Sekian, babai!


Sumber :
Gambar - Persendirian


9 Anugerah Tarian - TQ ICAF 2012!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Jujurnya saya kayu dan kongkang. Kisahnya, saya dan kawan-kawan kumpulan RikaTari telah memenangi pelbagai anugerah dalam pertandingan tarian Inter-College Art Festival (ICAF) 2012 mewakili kolej tercinta, Kolej Rahim Kajai. Pertandingan tersebut berlangsung pada waktu petang bagi tarian tradisional dan waktu malam bagi tarian kreatif dan majlis penutup serta penyampaian hadiah keseluruhan. Berikut adalah anugerah yang dimenangi kami yang membawa pulang trofi, medal dan sijil :

1. Best Traditional Performance : Silver
2. Best Creative Performance : Bronze
3. Best Traditional Choreographer : Silver
4. Best Creative Performance : Bronze
5. Best Male Group Dancer : Silver
6. Best Female Group Dancer : Silver
7. Best Traditional Costume : Bronze
8. Best Creative Costume : Bronze
9. Dance Category Overall : Third place behind Kolej Aminuddin Baki & Kolej Burhanuddin Helmi


Tahniah! Terima kasih banyak-banyak kepada penjurian ICAF 2012 dan tenaga gerak kerjanya, nampaknya kali ini rezeki kami yang tak seberapa mantap ini yang mana telah meningkat dari tahun lalu yang hanya berjaya dapat Anugerah Khas Juri sahaja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bersama-sama mengharumkan nama KRK (Elly sebagai JAKSA Kebudayaan yang gigih dan garang, Zetty, Faris, Safwan dan pelapis tahun satu Adly, Tyrah & Dayang). Terima kasih kepada sifu yang tak penat mengajar kayu-kayu menari iaitu Abang Jai AB, Adeq & Kak Hazreen. Terima kasih kepada pembantu yang melancarkan perjalanan pertandingan seperti Abang Asri yang COOL, Jessica Azure, Fahmi Masrom, Shukri Mohd Ali, Saidah Umairah, Iwan Hezwan, Noorhazwani Daud, AB2 di studio, pekerja kafe (malah dapat roti canai free) dan kawan-kawan lain yang banyak bagi sokongan dan sorakan.

Walaupun terdapat pelbagai kontrovesi di sebalik kejayaan kali ini, moga-moga masing-masing mengambil iktibar dan majulah kebudayaan untuk KAJAI! :P . Yang kalah, jangan putus asa, rezeki korang mungkin tahun hadapan. Boleh menonton video-video di YouTube dengan bantuan Zetty & Fahmi terutamanya. Video Pusat Kebudayaan UKM oleh Abang Daud Zakaria pun ada yang mengandungi kesemua tarian setiap kolej yang bertanding. :D Sekian, :P

Sumber :
Gambar - Zetty Akhtar Zakaria & Fahmi Masrom
Fanpage FB ICAF 2012 -  http://www.facebook.com/ICAF.UKM?ref=ts
Video YouTube oleh Zetty & Fahmi -
1. Tradisional  http://www.youtube.com/watch?v=t1tSyuMrelY&feature=channel&list=UL
2. Kreatif  http://www.youtube.com/watch?v=ouBlmU1V3A8&feature=channel&list=UL
Video YouTube oleh Pusat Kebudayaan -
1. Siang http://www.youtube.com/watch?v=yFufBYUeZbI&feature=g-u-u
2. Malam http://www.youtube.com/watch?v=1c6rm_2lZqo&feature=channel&list=UL

Anugerah Jasa Terbilang - TQ MARAK 2012 & KRK!


Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Saya telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Jasa Terbilang' oleh Kolej Rahim Kajai sempena penganjuran Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai (MARAK) 2012, 7 Mei 2012 di DECTAR, UKM. Ini adalah majlis makan malam pertama yang mengutamakan anugerah besar-besaran yang mana kali ini diketuai oleh kakak Noorhazwani Daud. Terharu juga dan terima kasih banyak-banyak Kolej Rahim Kajai dan tenaga kerja MARAK 2012 yang memilih saya yang lanjut ini untuk diberi penghargaan. Dapat trofi dan sijil YAY! Tahniah juga kawan-kawan lain yang dapat pelbagai anugerah seperti Kay Shazwan, Fahmi Masrom, Sayza Azidin, Ann Lu, Fahmi Abdullah, Saidah Umairah, Azam Rozain, Anis Hanisah, JAKSA-JAKSA dan Felo Effa :D

Saya akui saya tidak banyak menyumbang tetapi memang terdetik hati saya ketika suatu masa yang lalu untuk menolong kak Wani yang ramah lagi nakal. MUAHAHAHA. Inilah anugerah persendirian yang terbesar sejak berada di KRK selepas Anugerah Pelajar Lelaki Popular MEDiK 2011 (nak jugak bagitauuuu). :P Dan nampaknya pengajian saya di UKM bakal melabuhkan tirainya, dan pastinya saya akan merindui setiap kenangan suka duka di KRK dan kenalan dari senior sejak tahun satu hingga junior ketika saya di tahun kelima ini. Semoga ukhwah kita akan sentiasa kukuh dan selamat berjaya di masa akan datang. Jangan segan-segan untuk berbakti kepada KRK. Sekian, terima kasih. :D

Sumber :
Gambar - Persendirian
Group FB MARAK 2012 - http://www.facebook.com/groups/257784597633633/

Hamper RM100 Tempat Pertama - TQ ALIF!

Salam 1 Malaysia


Yay & Syukur Alhamdulillah. Kali ini pasukan saya menang tempat pertama dalam pertandingan Extreme Race anjuran Arts Life Islam Festival (
ALIF) di Dataran Panggung Seni UKM pada hari Sabtu (28 April 2012) yang lalu. Ini juga adalah pertandingan ala-ala Explore Race/Amazing Race, juga seperti Explore UKM yang lalu dan bezanya dulu tempat kedua, kini juara, dulu dapat tiket ke Desa Waterpark, kali ni dapat hamper dan kupon KFC saja, dulu lari-lari dengan Leny, Jess & Faizal tapi yang ini lari-lari dengan Saddam, Joe, Acap & juga FAIZAL!

Saya memilih Faizal dan kawan-kawannya yang baru saya kenal disebabkan syarat untuk turut serta dalam pertandingan ini mestilah mengandungi manusia sama jantina di dalam satu kumpulan. Oleh itu, sebagai lelaki hensem, kenalah cari lelaki untuk cukupkan 5 orang semuanya. Yuran RM15 sama seperti Explore UKM juga.  Hari pertandingan berjalan dengan lancar kecuali ketika akhir-akhir nak sampai final checkpoint di mana cabaran yang extreme kami semua tempuh dengan extreme-nya. Faizal dan Joe ditugaskan untuk makan makanan apa benda ntah ala-ala Fear Factor dan kami sempat menonton Faizal muntah sebaik saja makanan saiz burger menyinggah di mulutnya. Juga saya, Acap & Saddam yang bertarung dengan air campuran apa benda entah ya mana pada akhirnya saya muntah di longkang dan Acap mengambil masa yang lama untuk menderita kesakitan dalaman salur makanannya. Tahniah! Semuanya berbaloi dengan pengalaman & kemenangannya!

Kami, kumpulan Ba [ﺏ] (asalnya The Avengers) yang berpakaian hitam (dan bukan kuning), yang memiliki cheers 'TIBA JAH!', yang berjaya mengalahkan kumpulan Permata Pintar yang merebut juara dalam pertandingan Explore UKM yang lalu, mengucapkan terima kasih kepada Azri, ALIF & Kolej Pendeta Za'ba. Mohon gambar diemelkan kepada kami untuk tatapan dan kenangan bersama. BTW, poster ALIF semua lawa-lawa. Sekian, :P

Sumber :
Gambar - Ziana Hassan & Persendirian dengan kamera Jessica
Fanpage FB ALIF - http://www.facebook.com/ALIF2012

Hamper Tempat Pertama - TQ Fiesta Sains & Teknologi!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Saya juga telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan mereka poster anjuran Fiesta Sains & Teknologi. Poster yang perlu dihasilkan dalam bentuk jpeg dan saiz A3 itu haruslah mengandungi slogan 'Hentikan Tangisan, Selamatkan Bumi Syria' bersempena dengan keprihatinan FST terhadapan pergolakan yang berlaku di Syria. Kemenangan tersebut membawa pulang hamper makanan yang mana tidak sempat saya muat naik gambarnya di sini hehe. Dan tiada juga gambar yang diambil ketika sesi penyampaian hadiah ekoran kesibukan melampau menari di foyer KRK. Haha.


Dan inilah poster ringkas yang saya hasilkan menggunakan dua gambar yang saya ambil di Google Images. Saya cantumkan mengikut citarasa saya sesedap rasa dan menambah mood berapi menggunakan Pixlr-o-matic. Mohon anda jangan kritik. :P

Sekian, itu saja. Terima kasih penganjur!

Sumber :
Poster - Persendirian
Gambar dalam Poster - Google Images
Fanpage FB Fiesta Sains & Teknologi - http://www.facebook.com/fstfiesta

Kamera Underwater & Hamper - TQ BCI Blog Contest!


& Syukur Alhamdulillah! Saya telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis entri blog yang bertajuk 'Untukmu, UKM' anjuran BCI Blog Contest, Kolej Aminuddin Baki, UKM. Pengumuman tentang kemenangan tersebut diberitahu melalui telefon pada 21 April 2012 ketika saya tengah bersuka-ria dengan pertandingan Explore UKM haha. Gembira tak terkata, hadiah dituntut di kolej tersebut pada malam itu juga. Saya mendapat hamper dan kamera underwater berwarna biru. sukelettew! Saya rasa kemenangan saya berikutan jumlah penyertaan yang sedikit dan kegigihan saya menyiapkan entri blog dengan menggunakan pendekatan A - Z. Cuba baca entri tersebut di  http://sukelettew.blogspot.com/2012/04/untukmu-ukm.html . :P

Sekian, terima kasih penganjur dan anda semua ;)

Sumber :
Gambar - Persendirian, dengan bantuan Faris Hasmuni
Entri Blog - Blog  http://sukelettew.blogspot.com/
Fanpage FB BCI Blog Contest - tak jumpa link haha.

RM20 Untuk T-Shirt MARAK 2012

Salam 1 Malaysia

Ini ialah promosi tempahan T-Shirt rasmi bagi program Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai (MARAK) 2012, anjuran Sekretariat Bendahari JAKSA Kolej Rahim Kajai UKM. Harga bagi seunit T-Shirt ialah RM20 yang mana menampilkan rekabentuk grafik hasil pengubahsuaian oleh saya. Bahagian hadapan T-Shirt ditampilkan logo rasmi MARAK manakala di bahagian belakang pula terdapat Tema bagi program ini.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah hadir di meja kaunter penempahan T-Shirt di Foyer Kolej Rahim Kajai, UKM pada hari Ahad (22 April 2012), pukul 9 hingga 10 malam. Tempahan haruslah dibuat segera kerana pada hari Isnin akan dimulakan proses pengiraan jumlah unit T-Shirt yang ditempah dan seterusnya rekabentuk grafik dihantar ke syarikat percetakan T-Shirt. Ketika di kaunter penempahan, anda dikehendaki menulis nama penuh, nombor telefon, maklumat saiz T-Shirt dan seterusnya melangsaikan bayaran penuh RM20. Hanya wang kecil dan secukupnya akan diterima pada ketika itu.

Jadi, rebutlah peluang untuk membeli T-Shirt ini sekarang dan uar-uarkanlah kepada rakan-rakan anda juga. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di sini dan di laman Facebook. Sekian, selamat membeli!

Sumber :
Gambar Rekabentuk Grafik T-Shirt - Persendirian

4 Tiket Desa WaterPark & Hamper - TQ KAPREZA!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Berjaya jugak kumpulan Glee Rangers daripada geng Kajai's Glee Club : Zealous Foxies mendapat tempat kedua dalam pertandingan Explore UKM anjuran Karnival Premier Za'ba (KAPREZA), Kolej Pendeta Za'ba UKM. Pertandingan tersebut baru saja dijalankan tadi iaitu 21 April 2012, 8 pagi hingga 12 tengah hari di KPZ. Pertandingan ini ala-ala Explorace & Amazing Race-lah. Ganjaran kami adalah 4 tiket ke Desa WaterPark dan hamper tempat kedua! Yeah tak sabar mahu berjimba dengan air! Sijil penyertaan tidak pula pasti akan dapat atau tak.

Rangers yang terlibat selain saya adalah Faizal Shaifuldin (penari UKM), Jessica Azure (koir UKM) dan Yuslaini Azmi (atlit UKM). Pada asalnya Anne merupakan ahli asal kumpulan kami tapi terpaksa digugurkan di saat-saat akhir dan digantikan dengan Yuslaini. Pada mulanya si Anne yang ajak saya untuk turut serta dalam pertandingan ni, kebetulan pula saya memang telah nampak poster pertandingan tersebut di merata-rata di UKM. Saya semakin teruja apabila setiap kumpulan yang bertanding akan mendapat ganjaran cuma bezanya untuk pemenang pertama akan mendapat 4 tiket ke Sunway Lagoon. Dan itulah yang menjadi peransang kami semua HAHA. Saya setuju untuk ikut sama tapi mesti mencari lagi 2 orang ahli untuk mencukupkan 4 orang. Jadi, saya pada masa itu terfikir-fikir siapa yang mampu memberi sumbangan untuk kemenangan kumpulan. Ternyata Faizal yang dikenali dengan aksi ligat bertenaga dan keramahannya merupakan aset penting kumpulan. Begitu juga Jessica yang memiliki kereta Kancil sebagai pengangkutan tetapi sayangnya tak dapat digunakan semasa pertandingan. Dan Yuslaini dipilih menggantikan Anne yang juga seorang atlit sukan. Yang kagumnya, Yuslaini baru saja dihubungi kira-kira pukul 7 pagi tadi dan terus setuju untuk turut serta! GIGIH! :P

Sepanjang pertandingan, kami yang berpakaian baju merah berlari-lari mencari klu di serata tempat dan antara cabaran menarik di check point adalah memasukkan benang dalam deretan jarum yang dicucuk atas span dan mencari 20 reben di celah-celah pokok. Dan juga tak lupa tiup tepung untuk ambil gelang getah menggunakan mulut! Penuh tepung di muka, rambut dan baju! Juga kesian Jessica tertinggal di belakang HAHA.Yang gugup jantungnya, cuma ada sedikit kontroversi di akhir pertandingan namun telah dapat diselesaikan dengan lancar oleh pihak penganjur. Akhir sekali, kami dinobatkan sebagai naib johan, tunduk dan akur kepada johan iaitu 4 anak muda lelaki dari Permata Pintar. TERCABAR! HAHA. Lepas dapat hadiah, terus pergi makan ayam penyet! TIBA JAHHH.

Semoga dapat turut serta lagi dalam pertandingan-pertandingan seperti ini di masa-masa akan datang dan WAJIB dapat johan pulak YA! Sekian terima kasih penganjur dan rakan-rakan yang turut serta.

Sumber :
Gambar - Kamera Jessica
Fanpage FB Kapreza 2012 -  http://www.facebook.com/kapreza12
Fanpage FB Explore UKM, Kapreza 2012 - http://www.facebook.com/ExploreUkmKapreza2012?ref=ts