Yay & Syukur Alhamdulillah. Ketika usia mencecah 24 Tahun, saya masih lagi bernyawa dan dapat meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya berasa gembira dapat merasai hari ulangtahun kelahiran pada 24 Jun 2012 yang juga merupakan tahun kelahiran anak-anak 1988 (tahun naga). Walaupun tiada sambutan yang dijalankan, saya ingin berterima kasih kepada mereka yang ingat atau catat atau tak sengaja teringat tarikh kelahiran saya. Tahun ini lebih bermakna kerana saya tidak menghebahkan kepada orang ramai mahupun melalui laman sosial seperti tahun-tahun terdahulu. Disebabkan itu bagi mereka yang kurang rapat dengan saya, mereka tidak sedar hari ini berlalu seperti hari-hari biasa hikhik.

Kerana tahap keterharuan yang amat sangat, saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada mereka di bawah ini yang ada usaha untuk ringan tulang menyampaikan salam kelahiran kepada saya :

1.Bebe - Saya telah mengingatkan soulmate saya ini beberapa hari sebelumnya, dia siap ucap dua kali dan merupakan yang terawal ucap. Tahun lepas saya dapat CD Lady Gaga : Born This Way daripadanya.
2.Jessica - Gadis uncontrollable yang tidak dapat menahan kehendaknya untuk menghadiahkan saya sehelai T-Shirt jenama Topman dan kad ucapan. Dia tak lupa tarikh kelahiran saya. Susah senang di Kajai bersama.
3.Shue - Tak sangka teman sepermainan zaman kanak-kanak saya yang juga sahabat dan jiran saya ini masih ingat tarikh lahir saya tanpa ragu-ragu. Dulu rajin buat kek coklat kat saya. Semoga dapat suami yang soleh! 
4.Bonda Fatimah - Ketika saya asyik melayari internet melalui laptop di pagi hari, saya ditegur oleh bonda dengan ucapan, "Selamat Hari Lahir". Bonda sentiasa ingat! Walaupun tiada sambutan, tiba-tiba secara tak sengaja bapa sedara hantar buah durian. Melantak banyak pulut durianlah ceritanya.
5.Adib - Menurutnya, dia memang catat tarikh lahir saya hikhik. Panggilan telefon dari Adib yang meluahkan rasa sedikit kesal tak dapat prank saya kerana saya sudah pun pulang ke rumah di Kedah. Katanya baru sahaja rancang nak prank dengan Shuk & Rafie.
6.Shuk - Dia adalah roomate Adib. Rancangan prank mereka bersama tak dapat dilaksanakan. Dia menyelit beri ucapan ketika Adib menelefon saya hikhik.
7.Kwamer - Terharu siot sahabat ni masih ingat walaupun tanpa notification FB. Saya rasa nombor 24 mudah diingati, kebetulan dia pun lahir pada 24 haribulan. Tapi sekurang-kurangnya dia masih ingat hampir setiap tahun selepas sekolah menengah. :D
8.Pie - Alahai Cik Ton masih ingat! Apa rahsianya? Saya kagum jugak dengan sahabat ni! Saya nak kerja bahagian media jugakkkk!! :D
9.Ayuni - Dia memang baik dan sentiasa tak pernah lupa tarikh lahir saya sejak di Tingkatan 1 lagi. Tahun-tahun sebelum ni masih rajin mengirimkan kad ucapan. Dia adalah gosip cinta pertama saya walaupun tak pernah bercinta hikhik.
10.Aie - Dengan menggunakan telefon Rafie, dia dengan manjanya wish saya. Dia merupakan antara kawan baru dikenali dan ada usaha untuk wish saya walaupun dengan telefon Rafie HAHA! 
11.Rafie - MakRafie ni suka cakap saya beriya-iya. NAKAL! Walaupun terasa kemalasan untuk wish saya, namun tetap wish jugak hikhik.
12.Nazmi - Setelah diingatkan beberapa kali, akhirnya soulmate saya sejak di Kajai UKM ini wish jugakkkk. LOL. Tahun lepas saya dapat CD Bruno Mars daripadanya hikhik.

Akhir kata, THANKS! MUAH! HAHA!

Sumber :
Gambar - Facebook

0 komen ϟ lettew:

Post a Comment