Showing posts with label zetty akhtar. Show all posts
Showing posts with label zetty akhtar. Show all posts

My Happy Moments


Saya tengah bergembira bersama Zetty Akhtar Zakaria, Sareeza Azidin, Azreen Zolkafli, Azam Rozain, Echah Peachy dan Nazmi Sakeh.

Berikut ialah petikan daripada laman Eyriqazz.

"Contest Penutup dari Eyriqazz untuk tahun 2012. Syarat-syaratnya :
1. Buat Satu entri yang bertajuk “My Happy Moments” . Di entri itu, sharekan 1 gambar terbaik anda yang menepati tema ini (hanya satu gambar sahaja milik sendiri yang dibenarkan).
2. Di akhir entri, copy ayat ini ” Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian “
3. Tagkan 3 rakan blogger anda (tidak wajib). Sharing Happiness menyeronokkan, kan?
4. Tinggalkan permalink entri di komen entri ini beserta No. G+ anda .
Tarikh tutup, 24 December 2012."

SUMBER : Eyriqazz
Berdasarkan entri & gambar saya di atas :
1. Tajuk dah buat sebijik. Gambar memang satu yang terbaik dan milik saya. :P

2. Akhir entri kejap lagi letak.

3. Ade ke rakan blogger saya? :P Ya, seronok nak share happiness!

4. Sekarang saya dah faham apa itu G+ ! Tapi tadi lupa tengok nombor G+ yang ke berapa! :P
Nak menanglah! Takde duit dah sekarang! SOBS SOBS
Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) - TQ UKM!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Setelah lima tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi, akhirnya super-senior ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) pada 21 Oktober 2012 ketika hari graduasi bagi beberapa fakulti termasuk Fakulti Sains dan Teknologi. Walaupun pointer adalah kurang daripada 3.0, namun saya masih berbangga kerana sempat untuk menamatkan pengajian saya hehe.

Hari Konvokesyen tersebut tidaklah menjadi prioriti saya, malah saya tidak berkeinginan pun untuk menghadirinya namun kerana emak saya mahu melihat saya di atas pentas, saya memenuhi permintaannya. Semoga dia bangga akan anaknya yang hensem ini (=.=) . Kehadiran adik dan sahabat-sahabat saya juga mengundang rasa sebak. Antara sahabat yang hadir dan ringan tulang ialah Jessica Azure, Nazmi Sakeh, Pie Fairuz, Zaidulkhair, Muhammad Adib, Azreen Zolkafli & Zetty Akhtar. Pengangkutan, penginapan, penggambaran, sokongan, kehadiran, hadiah, koir, jimba-an semuanya daripada mereka. TERIMA KASIH! :) Semoga suatu hari nanti saya dapat membalas jasa-jasa mereka! :D

Tidak banyak yang mahu diceritakan. Sekian, saya kini GRADUAN UKM! YAY!