Salam 1 Malaysia
Yay & Syukur Alhamdulillah. Tanggal 8 Jun 2012 yang lalu, saya telah siap menghantar 2 salinan tesis yang dijilid beserta salinan CD-ROM dan borang-borang yang berkaitan ke kaunter Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi. Akhirnya tempoh perlanjutan 2 tahun membuahkan hasil dan kini saya layak untuk bergraduasi pada bulan Oktober nanti. Saya merupakan pelajar kedua dari pusat tersebut yang siap menghantar tesis, ada sedikit kebanggaan di situ. Viva yang entah apa-apa itu telah selesai pada hari Isnin waktu petang yang dihadiri penyelia saya yang tabah iaitu Dr. Fauzi dan penilai saya yang happy-go-lucky, Dr. Sahidan. Lega! 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, malas nak menaip nama-nama korang haha. Dengan bantuan anda semua, terhasillah tesis Kesan Penambahan Dedak Padi Dan Urea Terhadap Pertumbuhan Miselium Cendawan Pleurotus cystidiosus. Lega lagi! Sekian, babai!


Sumber :
Gambar - Persendirian


2 komen ϟ lettew:

  1. tahniah. akhirnya siap. Alhamdulilah, good job Muhammad Faizzuddin (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awak! awak ni nakal laaaa! hehe

      Delete