Showing posts with label kolej rahim kajai. Show all posts
Showing posts with label kolej rahim kajai. Show all posts

9 Anugerah Tarian - TQ ICAF 2012!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Jujurnya saya kayu dan kongkang. Kisahnya, saya dan kawan-kawan kumpulan RikaTari telah memenangi pelbagai anugerah dalam pertandingan tarian Inter-College Art Festival (ICAF) 2012 mewakili kolej tercinta, Kolej Rahim Kajai. Pertandingan tersebut berlangsung pada waktu petang bagi tarian tradisional dan waktu malam bagi tarian kreatif dan majlis penutup serta penyampaian hadiah keseluruhan. Berikut adalah anugerah yang dimenangi kami yang membawa pulang trofi, medal dan sijil :

1. Best Traditional Performance : Silver
2. Best Creative Performance : Bronze
3. Best Traditional Choreographer : Silver
4. Best Creative Performance : Bronze
5. Best Male Group Dancer : Silver
6. Best Female Group Dancer : Silver
7. Best Traditional Costume : Bronze
8. Best Creative Costume : Bronze
9. Dance Category Overall : Third place behind Kolej Aminuddin Baki & Kolej Burhanuddin Helmi


Tahniah! Terima kasih banyak-banyak kepada penjurian ICAF 2012 dan tenaga gerak kerjanya, nampaknya kali ini rezeki kami yang tak seberapa mantap ini yang mana telah meningkat dari tahun lalu yang hanya berjaya dapat Anugerah Khas Juri sahaja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bersama-sama mengharumkan nama KRK (Elly sebagai JAKSA Kebudayaan yang gigih dan garang, Zetty, Faris, Safwan dan pelapis tahun satu Adly, Tyrah & Dayang). Terima kasih kepada sifu yang tak penat mengajar kayu-kayu menari iaitu Abang Jai AB, Adeq & Kak Hazreen. Terima kasih kepada pembantu yang melancarkan perjalanan pertandingan seperti Abang Asri yang COOL, Jessica Azure, Fahmi Masrom, Shukri Mohd Ali, Saidah Umairah, Iwan Hezwan, Noorhazwani Daud, AB2 di studio, pekerja kafe (malah dapat roti canai free) dan kawan-kawan lain yang banyak bagi sokongan dan sorakan.

Walaupun terdapat pelbagai kontrovesi di sebalik kejayaan kali ini, moga-moga masing-masing mengambil iktibar dan majulah kebudayaan untuk KAJAI! :P . Yang kalah, jangan putus asa, rezeki korang mungkin tahun hadapan. Boleh menonton video-video di YouTube dengan bantuan Zetty & Fahmi terutamanya. Video Pusat Kebudayaan UKM oleh Abang Daud Zakaria pun ada yang mengandungi kesemua tarian setiap kolej yang bertanding. :D Sekian, :P

Sumber :
Gambar - Zetty Akhtar Zakaria & Fahmi Masrom
Fanpage FB ICAF 2012 -  http://www.facebook.com/ICAF.UKM?ref=ts
Video YouTube oleh Zetty & Fahmi -
1. Tradisional  http://www.youtube.com/watch?v=t1tSyuMrelY&feature=channel&list=UL
2. Kreatif  http://www.youtube.com/watch?v=ouBlmU1V3A8&feature=channel&list=UL
Video YouTube oleh Pusat Kebudayaan -
1. Siang http://www.youtube.com/watch?v=yFufBYUeZbI&feature=g-u-u
2. Malam http://www.youtube.com/watch?v=1c6rm_2lZqo&feature=channel&list=UL

Anugerah Jasa Terbilang - TQ MARAK 2012 & KRK!


Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Saya telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Jasa Terbilang' oleh Kolej Rahim Kajai sempena penganjuran Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai (MARAK) 2012, 7 Mei 2012 di DECTAR, UKM. Ini adalah majlis makan malam pertama yang mengutamakan anugerah besar-besaran yang mana kali ini diketuai oleh kakak Noorhazwani Daud. Terharu juga dan terima kasih banyak-banyak Kolej Rahim Kajai dan tenaga kerja MARAK 2012 yang memilih saya yang lanjut ini untuk diberi penghargaan. Dapat trofi dan sijil YAY! Tahniah juga kawan-kawan lain yang dapat pelbagai anugerah seperti Kay Shazwan, Fahmi Masrom, Sayza Azidin, Ann Lu, Fahmi Abdullah, Saidah Umairah, Azam Rozain, Anis Hanisah, JAKSA-JAKSA dan Felo Effa :D

Saya akui saya tidak banyak menyumbang tetapi memang terdetik hati saya ketika suatu masa yang lalu untuk menolong kak Wani yang ramah lagi nakal. MUAHAHAHA. Inilah anugerah persendirian yang terbesar sejak berada di KRK selepas Anugerah Pelajar Lelaki Popular MEDiK 2011 (nak jugak bagitauuuu). :P Dan nampaknya pengajian saya di UKM bakal melabuhkan tirainya, dan pastinya saya akan merindui setiap kenangan suka duka di KRK dan kenalan dari senior sejak tahun satu hingga junior ketika saya di tahun kelima ini. Semoga ukhwah kita akan sentiasa kukuh dan selamat berjaya di masa akan datang. Jangan segan-segan untuk berbakti kepada KRK. Sekian, terima kasih. :D

Sumber :
Gambar - Persendirian
Group FB MARAK 2012 - http://www.facebook.com/groups/257784597633633/

RM20 Untuk T-Shirt MARAK 2012

Salam 1 Malaysia

Ini ialah promosi tempahan T-Shirt rasmi bagi program Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai (MARAK) 2012, anjuran Sekretariat Bendahari JAKSA Kolej Rahim Kajai UKM. Harga bagi seunit T-Shirt ialah RM20 yang mana menampilkan rekabentuk grafik hasil pengubahsuaian oleh saya. Bahagian hadapan T-Shirt ditampilkan logo rasmi MARAK manakala di bahagian belakang pula terdapat Tema bagi program ini.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah hadir di meja kaunter penempahan T-Shirt di Foyer Kolej Rahim Kajai, UKM pada hari Ahad (22 April 2012), pukul 9 hingga 10 malam. Tempahan haruslah dibuat segera kerana pada hari Isnin akan dimulakan proses pengiraan jumlah unit T-Shirt yang ditempah dan seterusnya rekabentuk grafik dihantar ke syarikat percetakan T-Shirt. Ketika di kaunter penempahan, anda dikehendaki menulis nama penuh, nombor telefon, maklumat saiz T-Shirt dan seterusnya melangsaikan bayaran penuh RM20. Hanya wang kecil dan secukupnya akan diterima pada ketika itu.

Jadi, rebutlah peluang untuk membeli T-Shirt ini sekarang dan uar-uarkanlah kepada rakan-rakan anda juga. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di sini dan di laman Facebook. Sekian, selamat membeli!

Sumber :
Gambar Rekabentuk Grafik T-Shirt - Persendirian

Untukmu, UKM

Salam 1 Malaysia

Artikel 'Untukmu, UKM' ini mengisahkan tentang beberapa aktiviti atau lokasi di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi yang melakarkan jutaan kenangan saya bersama kawan-kawan, pensyarah mahupun warga UKM yang lain. Ia adalah berdasarkan perspektif peribadi milik pelajar tahun kelima yang bakal menghabiskan sisa-sisa hidupnya di UKM untuk beberapa bulan sahaja lagi. Bermula dari abjad A, berakhir dengan abjad Z, semua datangnya dari lubuk hati saya, Muhammad Faizzuddin Bin Jasmani, A118634, dan hanyalah Untukmu, UKM.

A. Akademik
Akademik merangkumi sesi pengajian sepanjang 5 tahun di bangunan Biologi Fakulti Sains & Teknologi khususnya. Walaupun kurang gemar dengan jurusan Genetik yang diambil, namun ilmu yang ditimba kelak berguna juga suatu hari nanti. Menurut beberapa pensyarah, jurusan ini antara yang Hardcore dan yang diterima sebagai penuntut jurusan tersebut bukan calang-calang pelajarnya (kembang sekejap). Namun sebab banyak sangat berjimba, tidur dalam dewan kuliah, keputusan pun ala kadar sahaja. Akademik juga ditujukan kepada Bahagian Pengurusan Akademik yang banyak membantu menyelesaikan masalah akademik pelajar (banyak masalah rupa-rupanya).

B. Balapan
Balapan di Kompleks Sukan UKM! Walaupun bukan atlet sukan (tinggal di kolej kediaman atlet sukan, KRK), tak semestinya tak boleh guna kemudahan balapan tu. Tapi tujuan mesti betul ya! Saya yakin saya sihat, jadi berjogging keliling balapan sekadar beriadah dan nak membuktikan kepada mereka yang tak yakin dengan kemampuan saya dalam aktiviti bersukan atau berpeluh kuat! 10 pusingan tanpa henti di bawah 20 minit itulah pencapaian terbaik saya. Banggalah sebagai seorang yang bukan atlet sukan! Eh, kawan saya cakap dia berjogging di balapan sebab nak 'ushar' orang. Hmmm.

C. CIMB & Bank Islam
Patut saya rangkumkan kesemua bank-bank dan ATM yang banyak memudahkan warga UKM tapi saya tulis dua bank saja disebabkan saya selalu menggunakan perkhidmatan dua bank ni. Mendapat biasiswa JPA, memerlukan saya ada akaun Bank Islam. Walaupun bayaran wang selalu masuk lambat, tapi bila dah masuk saja wangnya, sesak ATM-nya! Eh, sebelah ATM ada cermin dua fungsi!

D. DECTAR
DECTAR adalah singkatan kepada Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Sejak masuk UKM di tahun satu lagi, kita semua dibiasakan berada di situ. Masa mula-mula masuk, ketika Minggu Mesra Mahasiswa/i (2007), semua pelajar tahun 1 pasti tidur dengar ceramah dan sebagainya sebab penat sangat dengan aktiviti yang padat. DECTAR juga tempat berlakunya Perang DECTAR yang mana pada ketika itu dimenangi oleh kolej saya, Kolej Rahim Kajai! DECTAR juga menjadi lokasi tetap untuk majlis makan malam anjuran Majlis Eksekutif Dinner Kajai (MEDiK). Sini jugalah banyak kali boleh tonton segala macam jenis persembahan. Sesiapa belum tawaf DECTAR, silakan. Selamat sesat ya!

E. e-Pelajar, SMPWEB, SPIN, Kewangan
Harus tak boleh lupa punya! Perkembangan dan pengumuman terkini UKM boleh disemak di e-Pelajar. Nak semak hutang pelajar boleh layari laman Kewangan pelajar. Masa ni mulalah nak pertikaikan kenapa kolej kenakan yuran khas yang mahal dan sebagainya. SPIN khas untuk mereka yang malas, eh gurau saja. Nota kuliah di SPIN sangat banyak membantu okay! Saya mewajibkan semua pensyarah tidak kedekut, walaupun dikhuatiri pelajar tak datang kelas pun. Membantulah selagi mampu. SMPWEB paling penting. Tanpanya, tiada subjek akan didaftarkan. Siap ada tarikh untuk sah sana, sah sini. Ketika inilah pelajar merungut subjek bertindih la, yang pemalas pula selalu lupa nak sah-sah semua tu. :P

F. F (Kolej Rahim Kajai)
Mesti ramai tak tahu yang setiap kolej kediaman ada huruf mewakilinya. F untuk Kolej Rahim Kajai yang juga mengambil Fox sebagai maskot haiwannya. Ini tak boleh lupa. Membesar dari pelajar tak matang dari Tahun 1 sampailah ke pelajar separuh matang di Tahun 5. Super-senior! Sampai menang anugerah 'Pelajar Paling Popular' 2011 (Itu sekadar nak bangga sekejap). Mesti semua orang nak cakap saya mencapub?Haha. Saya memang aktif dengan aktiviti kolej. Sayang KRK! Saya setia dari bilik di blok K16B310 hinggalah ke flatlet K17E102, tetap tak mahu keluar KRK (dan syukur tak dibuang kolej). Eh, ada jugak yang setinggan ya?

G. Gerak Sana-Sini
Hoi pemilik kenderaan persendirian semua, anda ternyata tak sihat. Tiru macam saya. Hanya bas UKM, rapidKL dan dua kaki sendiri yang menjadi pilihan. Sejujurnya lebih kepada penggunaan kaki sendiri. Jarak FST dengan KRK taklah jauh sangat. Oh, bukan tak guna motosikal atau kereta langsung, tapi hari-hari banyak diisi dengan cara jalan kaki, itulah yang sihat kurus sentiasa. :P Oh, jujurnya saya tiada lesen kereta, nantilah buat. Basikal! seronok juga pinjam basikal di Pusat Sukan selama beberapa minggu. Percuma saja. Kesimpulannya, tetap jalan kaki. Berjalan ke Stesyen KTM UKM. :)

H. Hari Festival
UKM memang kaya dengan festival. Kolej nak buat festival, fakulti pun nak buat festival, kelab-kelab pun sama. Selalunya mengambil tempat di Dataran Panggung Seni DECTAR & Dataran Gemilang. KRK dahulunya terkenal dengan Majlis Eksekutif Festival Kajai (MEFeK) namun tahun ni dimansuhkan. Sempat juga menganggotai organisasi festival ni. Memang tak dinafikan pengalaman berurusan dengan orang luar mencabar dan lagi mencabar nak tarik kunjungan penonton. Kalau artis terkenal datang, barulah gempak. Pesta Konvokesyen selalunya berjaya jika nak dibandingkan dengan mana-mana festival di UKM ni. Pesta konvokesyen yang terkini ada pengumuman waktu solat okay! Bagus! :)

I. INFO@KAJAI
Okay, warga bukan Kajai pasti terpinga-pinga. Ini adalah nama buletin keluaran Biro ICT & Penerbitan JAKSA KRK sejak tahun 2007 sehinggalah 2011. Ada ketikanya saya terlibat dan ada ketikanya saya tidak terlibat pun. Kebanyakan keluarannya menampilkan saya sebagai Ketua Editor. Rindu zaman menjadi pengedar naskhah buletin ini di bawah pintu setiap bilik di KRK. Kadang-kadang disalahertikan sebagai naskhah politik. Aduhai. Tapi yang paling ekstremnya, selepas saja kami sorong masuk bawah pintu, ada yang terus buang lepas tu. Tak baca pun. Sedih sekejap. Tapi tak apa, saya tetap cinta akan penerbitan!

J. JAKSA
Singkatan kepada Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi. Saya diangkat menjadi JAKSA KRK ketika di tahun 3 sebagai pengerusi Biro ICT & Penerbitan. Itu yang semakin giat buat buletin INFO@KAJAI malah sempat menerbitkan sebuah majalah tahunan/khas KRK! Kalaulah jawatan JAKSA ini adalah jurusan saya, mesti 4.0 setiap semester. :P . Tapi saya terlalu asyik, tesis tak buat. Sebab itulah juga saya masih belajar sampai tahun kelima. Tapi tak apa, semua ini pengalaman dan demi kecintaan terhadap bidang penerbitan. Saya masih ingat ketika di tahun 1, kerana rapat dengan abang-abang dan kakak-kakak JAKSA, saya dikatakan cuba membodek mereka. Ketika di tahun 2, apabila sahabat saya diangkat menjadi JAKSA untuk jawatan itu, dikatakan saya tidak puas hati lalu bermusuh dengan sahabat tersebut. Alahai, suka duka betul! Apa-apa pun, saya yakin rata-rata pelajar kolej sayang akan JAKSA ketika dia di tahun 1 kan? <3

K. 'KETAM' atau KTAMS
Mengajar anaknya berjalan betul? HAHA. Ini singkatan kepada Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Bestari . Popular ketika musim peperiksaan di dewannya. Saya ulang, 'di dewannya'! Saya tujukan warkah ini kepada tempat-tempat peperiksaan yang lain juga. Semua takut punyalah. Studi pun lewat-lewat kan? Yang bestnya, bila dah tak tahu nak jawab apa, keluar dewan lepas 30 minit waktu peperiksaan bermula. Yang cool-nya, pensyarah ada membantu kita sikit. Hehe. Eh, MidSem ada orang meniru la. Hmm.

L. Laluan Keluar Masuk UKM
Okay, saya lebih suka nak cerita tentang kon-kon yang disusun secara kreatif oleh pengawal keselamatan UKM. Mencabar betul laluannya! Maklumlah UKM ni membenarkan warganya keluar masuk tidak mengira masa. Teringat ketika di tahun 3 yang mana menumpang kereta junior tahun 1. Tahun 1 mana boleh ada kereta di UKM! Saya pula tak tahu memandu. Nak masuk pagi-pagi buta pun takut kena tahan. Haha. Asal nampak 'Pak Guard' saja ketika berhenti di simpang, terus belok ke arah lain. Haha. Kenangan.

M. Makmal
Sudah pun namanya pelajar FST, haruslah terlibat dengan makmal. Saya benci makmal. Sebab ada makmal yang mana pelajar siswazahnya berlagak macam tinggi sangat jawatannya. Ahh, benci. Antara punca saya belum habis tesis. Tapi saya sayang Makmal Genetik Cendawan sekarang ni. Aman. Dr. Fauzi pun tak jemu membimbing. Ia berada di puncak bangunan biologi, saya tetap sayang makmal ni walaupun selalu guna tangga je. =.= .

N. Naskhah Hiburan
Maafkan saya. Ia tidak selari dengan tuntutan UKM namun saya memerlukan hiburan melalui majalah seperti Galaxie. Sumber utama saya di UKM ialah di PUSKEB. Sebab rajin sangat beli di situ, sampai kakak kaunter tu kenal sejak saya di tahun 1 lagi. Tapi saya lupa nama dia.

O. Orientasi
Di UKM ia dipanggil Minggu Mesra Pelajar. Ketika di zaman tahun 1 saya, ia dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa/i (Triple M). Saat-saat comot inilah paling dirindui kita semua bila kita selak balik gambar lama-lama. Di KRK ada lakonan macam-macam oleh senior Pemudah Cara (PC). Ada aksi tendang-menendang la, menangis la, memang hebat berlakon. Ada juga istilah Ketuai, Ketui dan sebagainya. Pada malam penutup Triple M di KRK, saya sempat menjadi pengacara buat pertama kali dan terakhir. Alahai rindunya.

P. PenTer di Panggung Seni
PenTer ialah singkatan kepada Pentas Terbuka yang dikelolakan oleh Abang Amar. Tabik sama dia! Kerana dia mewujudkan satu laluan bagi semua jenis persembahan untuk dipersembahkan oleh warga UKM di samping menonjol bakat-bakat mereka yang terpendam. Oleh sebab asyik dihidangkan dengan hidangan tradisional, PenTer memperbaharui menu anda dengan pelbagai pilihan citarasa moden khususnya secara percuma, dan mereka yang mempersembahkan persembahan itu pun dengan rela hati tanpa sebarang bayaran. Ada jamuan juga hehe. Tak sia-sia saya menubuhkan Kajai's Glee Club : Zealous Foxies. Sempat buat 2 kali persembahan di situ, satu bersama Foxies, satu lagi dengan geng Sabahan. Mari semua turut serta, samada sebagai penonton ataupun peserta persembahan!

Q. Q&Q Photostat & KUSTIF
Kenal kakak-kakak di Pusanika? Yang tolong fotokopi nota kuliah kita tu. Yang tolong cetak borang kita tu. Semua kakak-kakak ni dah kenal rapat sejak tahun 1 lagi. Jangan cakap saya bodek okay. Mungkin saya suka senyum, malah memang setia berurusan dengan mereka. INFO@KAJAI pun selalu cetak dan fotokopi di sana. Nanti nak jilid tesis di sanalah! Saya suka tengok pelanggan yang tak faham bahasa nak cepat sangat dan tak bersabar, kena marah dengan kakak-kakak ni HAHA. Tertinggal pendrive pun selalu juga. Hmmm. Eh, saya masih ada keahlian KUSTIF kan?

R. Roti Impit
Yaaa. Ini baru saja menjadi kegilaan saya. Di tingkat atas bangunan Pusanika ada jual roti impit CESMED yang harganya berpatutan dan sedap! RM2.50, dengan pilihan sosej cendawan, keju atau black pepper! Kakak dan abang di gerai ni tahu yang saya pelanggan tetap! Malah saya sudah mencuba semua jenis perisa Shake! Cubalahhhhh! Promosi! :P Selalu nampak monyet besar kat situ tapi rasanya gerai ni selamat hehe.

S. Sabahan UKM
Sekarang baru saya sedar, Sabahan lebih sporting. Merekalah yang turut serta sebagai Foxies, malah saya baru sahaja membuat persembahan tarian Sumazau & Daling-Daling dengan mereka di pertandingan tarian asli Malam Citrabayu USM. Menang pula tempat kedua, kostum terbaik dan koreografi terbaik dengan kontroversi tersendiri hehe. Saya yakin saya ada wajah Sabahan (perasan) dan berharap fasih dengan loghat Sabah dan dapat melancong ke sana. :D Boleh bah kalau kau!

T. Tun Sri Lanang
Perpustakaan Tun Sri Lanang! Walaupun jarang menggunakan kemudahan ini tetapi ia ternyata berguna. Study Week, cari maklumat untuk tesis dan sebagainya. Pernah didenda sebab lambat pulangkan 2 buah buku selama setahun. Aduh. Tak banyak nak saya cerita. Haha.

U. Ubat
Pusat Kesihatan UKM! Siapa yang tak pernah sakit atau menggunakan perkhidmatan di sini memang hebatlah! Yang itu saja boleh cerita? Hmmm.

V. Vanilla
Disebabkan huruf V dah tak tahu nak letak apa, saya meletakkan Vanilla sebagai perasa kek di Bakery Pusanika. The best they bake okay! Ini pun memang setia dengan pizzanya. Oh, dan Milo Ais-nya yang lazat! Oh, buburnya yang juga lazat! Oh, kek ada macam-macam tau, bukan setakat kek Vanilla saja. Uncle & Auntie tu pun ramah, speaking juga hehe. Kenapa bubur sekarang tiada bawang gorengggg...hmm...

W. Wifi
Jaring UKM dan Tetamu UKM! Jaring UKM wujudnya ketika saya di tahun 2. Masing-masing sukelettew bila boleh terus online di bilik masing-masing. Sebelum tu semua warga KRK online di foyer samapi tengah-tengah malam okay! Siap duduk atas lantai, bawa extension plug lagi. Suasana yang sudah tidak lagi kelihatan di sini. :( . Tapi Jaring UKM memang membantulah, senang saja online di bilik, cuma masalah jaringan dan capaiannya perlu diperbaiki. Sekarang minggu cuti tapi tetap lembab.

X. XOXO
X pun tak tahu nak letak apa jadi saya letak simbol XOXO yang bermaksud cumbu dan peluk TETAPI bukan secara FIZIKAL ya! Saya tujukan kepada semua kawan-kawan dan warga UKM yang sama-sama mencipta kenangan suka duka selama 5 tahun hidupnya saya di sini sebagai seorang pelajar prasiswazah! Sayang anda semua! XOXO!

Y. Yuran
Semester dah nak habis, yuran belum selesai. Maklumlah sebelum-sebelum ni bergantung pada biasiswa JPA, sekarang disebabkan perlanjutan pengajian, saya masih menunggu Zakat UKM. Hmm.

Z. Zakat UKM
Saya layak okay! Terima kasih sebab pernah luluskan permohonan zakat saya dahulu. Dan sekarang saya masih menunggu untuk permohonan yang kedua sebab setiap semester boleh mohon sekali :) . Ada sedikit masalah di pihak pengurusan maka saya masih sabar menunggu. Lepas ni, bolehlah selesaikan hutang pelajar ye tak? InsyaAllah.

Akhir kata, Terima Kasih UKM untuk semua kenangan ini. Semoga kita berjumpa lagi setelah saya meninggalkan awak dengan segulung ijazah nanti.



# Entri ini juga adalah untuk pertandingan menulis entri blog anjuran Kolej Aminuddin Baki. Terima Kasih.

2 T-Shirt Percuma - TQ Ilusif Kreatif!

Salam 1 Malaysia!
Yay! Syukur Alhamdulillah. Hanya dengan menjadi LIKER ke 1000 untuk fanpage FB Ilusif Kreatif, dua T-Shirt round neck jatuh ke tangan Dent Dento. Bungkusan Pos Laju t-shirt tersebut telah selamat sampai ke alamat Kolej Rahim Kajai, UKM pada 3 April 2012 dan baru sahaja dituntut di pejabat KRK sebentar tadi (4.30 petang, 4 April 2012). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ilusif Kreatif (Abdul Baasit Musaddiq) yang bermurah hati untuk menghadiahkan t-shirt keluaran syarikat mereka. HEHE.


Tapi, kalau nak tahu, saya menang dengan menggunakan strategi nakal LOL! Saya sudah mengelike fanpage Ilusif Kreatif beberapa hari sebelum mereka mencari LIKER ke 1000. Maksudnya saya adalah LIKER ke 900-an. Pada 17 Mac 2012, saya terperasan status FB Ilusif Kreatif yang bertulis begini 'Jom..kami ingin memberikan T-shirt kepada "Liker" yang ke-1000..Sebar-sebarkan post ini...=)'. Lalu saya bertanya samada bolehkah saya UNLIKE dan kemudian LIKE semula fanpage tersebut supaya saya menjadi LIKER ke 1000. Mereka tidak menjawab dan hanya mengelike komen saya. Lalu saya teruskan strategi saya dengan mengajak 3 orang kawan untuk mengelike fanpage tersebut supaya menjadi 999 likers (ketika itu ada 996 likers) dan saya bakal menjadi liker ke 1000. Hasilnya, saya berjaya! Sejurus selepas itu, pihak Ilusif Kreatif membalas komen saya dengan ayat 'Dent Dento TerBaek!' HAHA. Sukelettew! Dapat 1 T-Shirt percuma! Kemudian proses pemberian maklumat diri, alamat dan saiz t-shirt pun bermula. Terima kasih sekali lagi Ilusif Kreatif dan juga kawan-kawan yang tolong like jugak! HEHE.


Alkisahnya lagi, pada 26 Mac 2012, saya saja gatai-gatai nak tanya kat Ilusif Kreatif samada betul ke saya menang. Lalu mereka memohon maaf atas kelewatan hadiah, dan menghadiahkan 1 lagi t-shirt menjadikan semuanya dua t-shirt percuma! YAY. Terima kasih!

Atas kemurahan hati pihak Ilusif Kreatif, saya sedia untuk mempromosikan perniagaan anda, jadi kepada semua, marilah mela
wat laman sesawang dan mengelike fanpage Ilusif Kreatif di FB. Belilah barangan buatan mereka. HEHE. Sekian, bye.

Oh, lupa! Sehelai T-Shirt lagi tu Faris Tengku Anom dah chop! HAHA.

Sumber :
Gambar T-Shirt - Sendiri
Banner di Laman Sesawang Ilusif Kreatif - 
http://ilusifkreatif.com/
Fanpage FB Ilusif Kreatif - http://www.facebook.com/IlusifKreatif 

Peti Pertolongan Cemas Untuk Ketua Blok

Salam 1 Malaysia

Mungkin semua warga Kolej Rahim Kajai yang memiliki akaun Facebook sudah mengetahui yang Dent Hensem secara tiba-tiba dilantik menjadi ketua Flatlet K17E. Ya, memang sangat random awesome tapi takdelah special pun sebab kawan-kawan lain pun ada yang dilantik juga seperti Azwan Serizawa & Farid Kamaruddin. 

Hayati notis di bawah :
Err, sepatutnya namaku DOUBLE D. :P
Disebabkan proses penilaian kolej akan bermula (tak pasti nama khasnya), maka warga KRK akan bertungkus-lumus memastikan kolej ini merangkul johan sekali lagi (katanya KRK johan tahun lepas). Oleh itu salah satu tindakannya adalah memantapkan semula organisasi blok dan mempertingkatkan aspek keselamatan kolej. Sekarang kita boleh lihat papan tanda 'KELUAR' yang bercahaya itu sudah pun menakluki setiap blok & flatlet malah sedikit sebanyak membantu kita semua ketika BLACK OUT semalam dengan memancarkan sedikit cahaya sucinya. 

Memendekkan cerita lagi, pagi tadi baru saja mendapat panggilan pertolongan kejutan bangun tidur daripada Kak Pejabat (namanya dirahsiakan, HAHA) memaklumkan bahawa Dent Hensem perlu mengambil peti pertolongan cemas yang dikhaskan kepada ketua blok untuk menyimpannya dan menggunakannya apabila ahli-ahli blok merasakan mereka dalam situasi cemas. Habislah aku yang CEMAS nanti, tak pernah-pernah nak uruskan orang yang cemas. Takpe, nanti sama-sama cemas, sama-sama belajar. And stop saying me POYO! :P

Jadi, berikut adalah gambarajah & petunjuk untuk kandungan peti CEMAS tersebut. Walaupun dah ada Guide Book kat situ, tapi tak salah nak membantu anda untuk lebih faham kan? Nah, terimalah!

Gambarajah Bahagian Dalam Peti Pertolongan Cemas
1. Latex Examination Gloves
- Rintangan terhadap darah atau bendalir yang tercemar semasa memberikan bantuan kepada pesakit.
2. Cotton Buds
- Untuk membersihkan luka dan sapu ubatan.
3. Triangular Bandage
-Pembalut segitiga untuk membalut patah dan kehel tulang, mencegah pergerakan dan mengekalkan splin.
4. Gauze Swabs (2 kotak)
- Untuk membersihkan luka dan balutan luka.
5. W.O.W Bandage- Untuk balutan dan pembalutan luka.
6. Surgical Tape
- Tape lindungan kepada balutan.
7. Safety Pins
- Untuk mengemaskan pembalutan. Kalau dibasmi kuman dengan membakar hujung pin, sesuai untuk mengeluarkan serpihan kayu dalam kulit.
8. Cotton Wool
- Untuk mencuci luka.
9. Flanil Analgesic Cream 
- Krim luaran untuk melegakan sakit otot dan sendi.
10. Dettol Anticeptic Germicide 
- Cecair antiseptik pembunuh kuman.
11. Crepe Bandage
- Pembalut sendi terseliuh, mengenakan tekanan pada luka dan mengurangkan bengkak.
12. Folding Scissors
- Gunting lipat. Sah-sah untuk menggunting kain pembalut dan sebagainya.
13. Medicated Oil
- Untuk kelegaan sementara bagi sakit otot dan sendi.
14. Bacidin Antisepic Cream
- Krim luaran untuk kulit melecet, jangkitan kulit, lecur dan luka ringan.
15. Yellow Lotion Antiseptic Liquid
- Cecair antiseptik untuk kecederaan kulit seperti luka, melecet, luka bernanah dan luka akibat terbakar.
16. Alcohol Prep Pad 
- Google-lah. :P
17. Plaster Strips
- Plaster luka dan calar ringan.
18. Medical Contents And User Guide & First Aid  And General Hygiene Guide

Kalau tak faham jugak, tanya ahli BSMM! Kita semua perlukan latihan untuk menghadapi hari kecemasan yok! Sekian.

Selamat Tinggal Kajai's Glee Club : Zealous Foxies

Salam 1 Malaysia

Berakhirlah sudah aktiviti Kajai's Glee Club : Zealous Foxies selama setahun lebih ni. Semua kenangan manis bersama berlatih tiap-tiap malam dan perform atas pentas akan sentiasa diingati. Terutamanya koreografi lagu Jahat oleh Stacy! Hehe. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Selamat maju jaya FOXIES! Eh, sebelum tu, sesiapa yang belum mengetahui kewujudan kelab muzikal ini, bolehlah rujuk informasi di bawah ini dan jangan lupa LIKE fanpage Kajai's Glee Club : Zealous Foxies di Facebook. Gambar-gambar yang lebih banyak boleh dirujuk di sana ;)

1. PENGENALAN & LATAR BELAKANG


Kelab GLEE Kajai atau Kajai’s GLEE Club : Zealous Foxies adalah sebuah kelab muzikal Kolej Rahim Kajai, UKM yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2011. Kelab ini merangkumi aktiviti nyanyian, tarian dan lakonan, sesuai dengan motonya “speak by singing, move by dancing, imitate by acting”. Tujuan asa
l penubuhan kelab ini adalah untuk membuat persembahan di majlis makan malam tahunan KRK ‘Malam Rapsodi Kajai’ pada 3 Mac 2011 yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Dinner Kajai (MEDiK) 2011. Namun setelah selesai majlis tersebut, kelab ini menerima beberapa tawaran persembahan sehinggakan sesetengah daripadanya terpaksa ditolak ekoran kesibukan tugas ahli-ahli dalam bidang akademik. Berikutan respon yang memberangsangkan tentang persembahan ahli-ahli, keputusan sebulat suara dibuat untuk mengekalkan kewujudan kelab ini. Kelab ini juga diletakkan di bawah pimpinan Biro Kebudayaan KRK.

Idea untuk mewujudkan kelab ini timbul gara-gara demam drama GLEE Amerika Syarikat di kaca televisyen, selain membuka platform baru untuk seni persembahan muzikal di KRK khususnya.


2. LOGO & MOTO


ϟ Nama Zealous Foxies baru sahaja dicipta pada 4 November 2011. Sebelum ni hanya nama Kajai’s GLEE Club yang digunapakai. Zealous bermaksud bersemangat, giat & ghairah dalam sesuatu pekerjaan. Foxies pula melambangkan semua ahli kelab ini, seperti yang diketahui maskot KRK ialah Fox.
ϟ
‘Speak by singing, Move by dancing, Imitate by Acting’ ialah moto yang jelas sekali menggambarkan aktiviti nyanyian, tarian & lakonan.

ϟ
Lambang musang (Fox) adalah mewakili KRK. Warna merah adalah warna rasmi KRK.
ϟ ‘X’ diwarnakan merah bagi menunjukkan kami bersedia untuk menjadi Xtreme, Xtraordinary & X-Factor. Merah juga melambangkan keberanian dan warna rasmi KRK.

ϟ
Tulisan putih ditulis oleh kapur tulis atas papan hitam melambangkan suasana pembelajaran di mana ahli-ahlinya masih lagi dalam sesi pengajian.

3. OBJEKTIF


ϟ Membuka platform baru untuk seni persembahan muzikal khususnya seni persembahan moden.
ϟ
Mengadakan persembahan mewakili pelajar kolej pada majlis makan malam tahunan KRK.

ϟ Mengasah bakat-bakat terpendam pelajar KRK dalam nyanyian, tarian & lakonan.
ϟ Mengeratkan silaturahim antara pelajar KRK melalui aktiviti seni.
ϟ Meningkatkan kecerdasan mental & kecergasan fizikal.

4. STRUKTUR ORGANISASI


Felo Penasihat : Effa Norzila
JAKSA Penasihat : Elly Ruhayu

Presiden : Muhammad Faizzuddin
Timbalan Presiden : Rodieyanah Hanani

Setiausaha : Siti Nurhydayah

Bendahari : Nur Afiqah

Exco Program & Persembahan : Mohd Faizal & Siti Aishah
Exco Teknikal & Wardrobe : Norhanisah & Saidah Umairah
Exco Jamuan & Kebajikan : Nurul Haizura & Diona Floristica

Exco Publisiti & Penerbitan : Muhamad Azwan & Christine Carltina
Exco Fotografi & Videografi : Abdullah Harith & Muhammad Fahmi
AJK : Yuslaini, Mohd Lutffi, Nurul Sareeza, Azreen, Mohamad Azam, Jacqueline, Priscilla, Noorzetty Akhtar, Ting Siong Ming, Khairol
Shazwan


5. JADUAL GERAK KERJA 

[Sesi 2010/2011]


Acara/Majlis

(Tema)
Masa, Tarikh & Lokasi
Anjuran
Pencapaian /
Ganjaran
Persembahan
Lagu & Artis Asal /
Judul Teater
Durasi
Performer
Krew Produksi
1.  
Malam
Rapsodi Kajai 

(Masquerade VS Rockstar)
7.45 PM
 - 12 PM
3 Mac 2011 
Dewan
Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM
Majlis
Eksekutif Dinner Kajai (MEDiK) 2011 
-Sijil
-Makan Malam
Dream On
(Aerosmith)
2.37 minit
Azwan (kecuali lagu Jahat)
Azam, Dent, Christine, Echah, Elly, Jac, Jessica, Kay, Faizal, Priscilla, Tim, Zetty
Teknokrat MEDiK 2011 :
Sayza, Lutffi, Azreen, Myra, Kay
It’s My Life//Confessions Part II
Versi GLEE U.S
(Bon Jovi//Usher)
1.91 minit
Jahat
(Stacy)
3.02 minit
Ayat-Ayat Cinta
(Rossa)
N/A
Iwan & Firdaus Syahir
Benci Bilang Cinta
(Radja)
N/A
2.
Majlis Makan
Malam Fakulti
Undang-Undang UKM

(Anugrah Chenta)
8 PM - 12 PM
18 Mac 2011
Laman Putri,
Hotel
Singgahsana Petaling Jaya
Fakulti Undang-Undang UKM
-Sijil
-Makan Malam
-Pengangkutan
-RM 20 seorang (RM20 extra masuk tabung)
-Cenderamata (Mug)
Dream On
(Aerosmith)
2.37 minit
Azwan (kecuali lagu Jahat)
Azam, Dent,
Echah, Elly, Jac, Jessica, Faizal, Tim, Zetty
Echah
It’s My Life//Confessions Part II
Versi GLEE U.S
(Bon Jovi//Usher)
1.91 minit
Jahat
(Stacy)
3.02 minit
3.
Sehari Bersama
FINS 6 
8 PM
 - 10.00 PM
20 Mac 2011
Kafeteria Kolej Rahim Kajai UKM
Fcom
Integration Society (FINS) Kolej Rahim Kajai UKM Sesi 2010/2011
Jamuan
Aku Dan Dirimu
(Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
4.26 minit
Azwan & Jessica
Ahli FINS :
Nadhi, Kheesha
Jahat
(Stacy)
3.23 minit
Azam, Dent, Christine, Jac, Jessica, Kay, Zetty, Priscilla
4
Majlis
Perkahwinan

(N/A)
20 Mac 2011
N/A
RM 50 seorang
N/A
N/A
Echah, Elly, Faizal, Tim
-
5.
Inter-College Art
Festival (ICAF) ‘11
Teater
3 PM
27 Mac 2011 hingga
11 PM
30 Mac 2011
Panggung Seni, DECTAR UKM
Pusat
Kebudayaan UKM
Anugerah Skrip Terbaik
-Plak
-Cenderamata (Keychain & Pen)
-Sijil
Thirst
40.00 minit
Jessica & Kelab Anggerik Hutan KRK
Myra
Tarian Kreasi
Anugerah Khas Juri
-Trofi
-Hamper
-Sijil
Tingkah
Berantak
7.32 minit
Dent, Elly, Iwan, Lutffi, Myra, Zetty & Kelab Sutra
Warisan Kajai
Tim
Tarian Asli & Zapin
Tarian Asli & Zapin Pekan
7.02 minit
Christine, Elly, Iwan, Myra, Zetty & Kelab Sutra
Warisan Kajai
6.
Majlis Makan Malam Kelab Sains Nuklear (KESAN) UKM

(Einstein
Wannabe)
 
8 PM
 - 10.30 PM
7 April 2011
Prescott Inn,
Kajang
Kelab Sains Nuklear (KESAN) UKM
-Sijil
-Makan Malam
-Pengangkutan
You Are The Music In Me
Versi Acafella
(High School Musical 2 - Gabriella & Troy)
1.18 minit
Azam, Dent, Echah, Jac, Jessica, Faizal, Priscilla
Sayza & Felo Effa
It’s My Life//Confessions Part II
Versi GLEE U.S
(Bon Jovi//Usher)
1.91 minit
Jahat
(Stacy)
3.02 minit

[Sesi 2011/2012]

Acara/Majlis 

(Tema)
Masa, Tarikh & Lokasi
Anjuran
Pencapaian /
Ganjaran
Persembahan
Lagu & Artis Asal /
Judul Teater / Muzik Video Asal & Video Parody
Durasi
Performer
Krew Produksi
7.  
PenTer S01E03
(Pentas Terbuka - Season 01
Episode 03
8.30 PM
 - 12 PM
30 Nov 2011 
Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM
Amar
Baharudin & PenTer

Jamuan Ringan
Catch A Grenade ‘Hooligans Remix’
(Bruno Mars)
3.30 minit
Azwan (kecuali Jahat), Azam, Dent, Diona, Dydy, Eah, Fiqa, Jac, Jessica,
Faizal, Leny, Zetty
AJK
PenTer :
Lutffi
Jahat
(Stacy)
3.06 minit
8.  
Music Video
Parody
Competition
8 AM - 4 PM
10 Disember 2011
Foyer Kolej Rahim Kajai, UKM
PRO-TES
(Program Teknologi Seni Jaring),
Biro ICT &
Penerbitan KRK, UKM
Tempat
Pertama
-Sijil
-Hamper
Makanan
No I.D
(Frankmusik Ft. Colette Carr)

“No Lesen D”
3.12 minit
Dent, Dydy, Diona, Jac, Eah, Leny, Priscilla, Jessica serta Adib, Farid & Hazwa
Aisyah & Aifat
Tempat Ketiga
-Sijil
-Hamper
Makanan
Video Persembahan
Malam Rapsodi Kajai, MEDiK 2011
(Dream On,
It’s My Life //Confessions II & Jahat)
7.32 minit
Azwan (kecuali lagu Jahat)
Azam, Dent, Christine, Elly, Echah, Jac, Jessica, Kay, Faizal, Tim, Zetty, Priscilla
Rakan Azwan
9.
Ruangan Geng Kampus Majalah Eternity 
Siapa Ikon Belia
Malaysia?

Edisi Januari 2012
Majalah Eternity  
RM 100
(RM 10 seorang
Selebihnya bayaran hasil editing)
-
-
Azam, Dent, Azreen, Echah, Sayza, Zetty,
serta Nazmi
Ares & Amin
Fanatik
K-POP

Edisi Februari 2012
-
-
Eah, Fiqa, Jac serta Adib,
Celeste, Farid & N
-
Super Hero Kegemaran

Edisi April 2012
Tiada ganjaran
-
-
Jessica, Leny
serta Hazwa, Shukrie, Agilan & Syahir
-
Edisi Mei 2012






6. PENGGAMBARAN RASMI


7. VIDEO PERSEMBAHAN & PERTANDINGAN


Boleh lihat di YouTube ;
ϟ MEDiK 2011 : http://www.youtube.com/watch?v=ay1cl-3fflg&feature=channel
ϟ PenTer S01E03 :
http://www.youtube.com/watch?v=002dFapPrQQ&feature=channel
ϟ Music Video Parody Competition : http://www.youtube.com/watch?v=v4s_jel6Fng&feature=channel