Showing posts with label ares harith. Show all posts
Showing posts with label ares harith. Show all posts

Karier Sidang Majalah Eternity - TQ Kak Aishah & Media Glam!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Mengikut haluan kecintaan saya terhadap dunia penerbitan, saya sudah pun bekerja hampir setahun dengan Majalah Eternity di bawah Media Glam! Terima kasih kepada Kak Aishah yang memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai pekerja separuh masa yang mengendalikan 2 muka surat bagi satu kolum di dalam majalah atas talian tersebut. Kolum yang diberi nama Geng Kampus itu memaparkan barisan belia-belia kampus pengajian tinggi yang berkongsi cerita dan pendapat mereka mengikut tema bulanan majalah tersebut. Belia-belia ini juga berkongsi sedikit maklumat biodata mereka di samping menghadiri proses penggambaran yang telah dirancang. Kebanyakan tugas-tugas mencari model, editing, temuramah dan pengendalian penggambaran dilakukan oleh saya sendiri kecuali jika dinyatakan. :P Jadi, untuk tahun 2012 ini saya telah menghasilkan 11 kolum Geng Kampus (Januari hingga November) dan 2 muka surat bagi kolum Artis Antarabangsa & Hiburan bulan April 2012.

Berikut adalah hasil inovatif saya dan beberapa tenaga gerak kerja pembantu iaitu jurugambar Ares Harith, Jessica Azure & Fahmi Masrom :

Januari 2012

Februari 2012

Mac 2012

April 2012

Mei 2012

Jun 2012

Julai 2012

Ogos 2012

September 2012

Oktober 2012

November 2012

Artis Antarabangsa April 2012

Hiburan April 2012

Terima kasih juta-juta kepada Kak Aishah, Media Glam, kawan-kawan jurugambar dan model-model sekalian! Mohon tahun depan dapat teruskan Geng Kampus lagi hikhik. Mohon membaca majalah atas talian di portal Media Glam dan mengeLIKE fanpage Media Glam di FB Sekian.

Sumber :
Portal Media Glam - http://www.mediaglam.com/
Fanpage FB Media Glam - http://www.facebook.com/pages/Media-Glam/110035409114898?fref=ts

BizRangers Part 1

Salam 1 Malaysia.

BizRangers adalah organisasi pengiklanan amatur yang diterajui oleh saya dan ia menghimpunkan ahli-ahli perniagaan kecil yang terdiri daripada rakan-rakan dan kenalan saya. Tiada keuntungan diperoleh secara terus kepada organisasi ini melainkan keuntungan kepada ahli perniagaan yang terlibat dalam iklan tersebut. Jadi untuk BizRangers Bahagian 1, pengiklanan dijalankan melalui poster yang diupload di page FB ahli-ahli perniagaan dan juga poster yang dipamerkan di meja kafeteria Kolej Rahim Kajai, UKM Bangi. Buat pengetahuan semua, setakat ini BizRangers belum mempunyai fanpage FB yang rasmi. Poster pengiklanan yang digunakan adalah seperti di bawah :

Poster BizRangers Part 1
Jadi, tunggu apa lagi korang? Berurusniagalah sekarang dengan rangers di atas! Untuk capaian pantas ke blog atau fanpage perniagaan mereka, sila klik link di bawah:
1. Ares Harith [Ares Harith Photography] - Blog (http://aresharith.blogspot.com/)
2. Rahman Alright [Kaspersky 2012] - Blog (http://rahman-kaspersky2012.blogspot.com/)
3. Dent Dento
[jariCOMOT & aksesori sukelettew*] - page FB (http://www.facebook.com/jariCOMOT)
[Kajai's Glee Club : Zealous Foxies] - page FB (http://www.facebook.com/pages/Kajais-Glee-Club-Zealous-Foxies/185929484830145?ref=ts)
4. Muhammad Adib [dudi.wears] - page FB (http://www.facebook.com/dudi.wears)
5. Hazwa Abdulhalim [thegulahati] - page FB (http://www.facebook.com/pages/thegulahati/201277716612946)

*sukelettew ini adalah nama rangkaian aksesori

Sumber maklumat : Blog & page FB di atas
Sumber gambar : Persendirian. Latarbelakang design diperoleh secara random di Google Image.