Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) - TQ UKM!
Monday, November 5, 2012
Salam 1 Malaysia
Yay & Syukur Alhamdulillah. Setelah lima tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi, akhirnya super-senior ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) pada 21 Oktober 2012 ketika hari graduasi bagi beberapa fakulti termasuk Fakulti Sains dan Teknologi. Walaupun pointer adalah kurang daripada 3.0, namun saya masih berbangga kerana sempat untuk menamatkan pengajian saya hehe.
Hari Konvokesyen tersebut tidaklah menjadi prioriti saya, malah saya tidak berkeinginan pun untuk menghadirinya namun kerana emak saya mahu melihat saya di atas pentas, saya memenuhi permintaannya. Semoga dia bangga akan anaknya yang hensem ini (=.=) . Kehadiran adik dan sahabat-sahabat saya juga mengundang rasa sebak. Antara sahabat yang hadir dan ringan tulang ialah Jessica Azure, Nazmi Sakeh, Pie Fairuz, Zaidulkhair, Muhammad Adib, Azreen Zolkafli & Zetty Akhtar. Pengangkutan, penginapan, penggambaran, sokongan, kehadiran, hadiah, koir, jimba-an semuanya daripada mereka. TERIMA KASIH! :) Semoga suatu hari nanti saya dapat membalas jasa-jasa mereka! :D
Tidak banyak yang mahu diceritakan. Sekian, saya kini GRADUAN UKM! YAY!








