Showing posts with label faizal shaifuldin. Show all posts
Showing posts with label faizal shaifuldin. Show all posts

Hamper RM100 Tempat Pertama - TQ ALIF!

Salam 1 Malaysia


Yay & Syukur Alhamdulillah. Kali ini pasukan saya menang tempat pertama dalam pertandingan Extreme Race anjuran Arts Life Islam Festival (
ALIF) di Dataran Panggung Seni UKM pada hari Sabtu (28 April 2012) yang lalu. Ini juga adalah pertandingan ala-ala Explore Race/Amazing Race, juga seperti Explore UKM yang lalu dan bezanya dulu tempat kedua, kini juara, dulu dapat tiket ke Desa Waterpark, kali ni dapat hamper dan kupon KFC saja, dulu lari-lari dengan Leny, Jess & Faizal tapi yang ini lari-lari dengan Saddam, Joe, Acap & juga FAIZAL!

Saya memilih Faizal dan kawan-kawannya yang baru saya kenal disebabkan syarat untuk turut serta dalam pertandingan ini mestilah mengandungi manusia sama jantina di dalam satu kumpulan. Oleh itu, sebagai lelaki hensem, kenalah cari lelaki untuk cukupkan 5 orang semuanya. Yuran RM15 sama seperti Explore UKM juga.  Hari pertandingan berjalan dengan lancar kecuali ketika akhir-akhir nak sampai final checkpoint di mana cabaran yang extreme kami semua tempuh dengan extreme-nya. Faizal dan Joe ditugaskan untuk makan makanan apa benda ntah ala-ala Fear Factor dan kami sempat menonton Faizal muntah sebaik saja makanan saiz burger menyinggah di mulutnya. Juga saya, Acap & Saddam yang bertarung dengan air campuran apa benda entah ya mana pada akhirnya saya muntah di longkang dan Acap mengambil masa yang lama untuk menderita kesakitan dalaman salur makanannya. Tahniah! Semuanya berbaloi dengan pengalaman & kemenangannya!

Kami, kumpulan Ba [ﺏ] (asalnya The Avengers) yang berpakaian hitam (dan bukan kuning), yang memiliki cheers 'TIBA JAH!', yang berjaya mengalahkan kumpulan Permata Pintar yang merebut juara dalam pertandingan Explore UKM yang lalu, mengucapkan terima kasih kepada Azri, ALIF & Kolej Pendeta Za'ba. Mohon gambar diemelkan kepada kami untuk tatapan dan kenangan bersama. BTW, poster ALIF semua lawa-lawa. Sekian, :P

Sumber :
Gambar - Ziana Hassan & Persendirian dengan kamera Jessica
Fanpage FB ALIF - http://www.facebook.com/ALIF2012

4 Tiket Desa WaterPark & Hamper - TQ KAPREZA!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Berjaya jugak kumpulan Glee Rangers daripada geng Kajai's Glee Club : Zealous Foxies mendapat tempat kedua dalam pertandingan Explore UKM anjuran Karnival Premier Za'ba (KAPREZA), Kolej Pendeta Za'ba UKM. Pertandingan tersebut baru saja dijalankan tadi iaitu 21 April 2012, 8 pagi hingga 12 tengah hari di KPZ. Pertandingan ini ala-ala Explorace & Amazing Race-lah. Ganjaran kami adalah 4 tiket ke Desa WaterPark dan hamper tempat kedua! Yeah tak sabar mahu berjimba dengan air! Sijil penyertaan tidak pula pasti akan dapat atau tak.

Rangers yang terlibat selain saya adalah Faizal Shaifuldin (penari UKM), Jessica Azure (koir UKM) dan Yuslaini Azmi (atlit UKM). Pada asalnya Anne merupakan ahli asal kumpulan kami tapi terpaksa digugurkan di saat-saat akhir dan digantikan dengan Yuslaini. Pada mulanya si Anne yang ajak saya untuk turut serta dalam pertandingan ni, kebetulan pula saya memang telah nampak poster pertandingan tersebut di merata-rata di UKM. Saya semakin teruja apabila setiap kumpulan yang bertanding akan mendapat ganjaran cuma bezanya untuk pemenang pertama akan mendapat 4 tiket ke Sunway Lagoon. Dan itulah yang menjadi peransang kami semua HAHA. Saya setuju untuk ikut sama tapi mesti mencari lagi 2 orang ahli untuk mencukupkan 4 orang. Jadi, saya pada masa itu terfikir-fikir siapa yang mampu memberi sumbangan untuk kemenangan kumpulan. Ternyata Faizal yang dikenali dengan aksi ligat bertenaga dan keramahannya merupakan aset penting kumpulan. Begitu juga Jessica yang memiliki kereta Kancil sebagai pengangkutan tetapi sayangnya tak dapat digunakan semasa pertandingan. Dan Yuslaini dipilih menggantikan Anne yang juga seorang atlit sukan. Yang kagumnya, Yuslaini baru saja dihubungi kira-kira pukul 7 pagi tadi dan terus setuju untuk turut serta! GIGIH! :P

Sepanjang pertandingan, kami yang berpakaian baju merah berlari-lari mencari klu di serata tempat dan antara cabaran menarik di check point adalah memasukkan benang dalam deretan jarum yang dicucuk atas span dan mencari 20 reben di celah-celah pokok. Dan juga tak lupa tiup tepung untuk ambil gelang getah menggunakan mulut! Penuh tepung di muka, rambut dan baju! Juga kesian Jessica tertinggal di belakang HAHA.Yang gugup jantungnya, cuma ada sedikit kontroversi di akhir pertandingan namun telah dapat diselesaikan dengan lancar oleh pihak penganjur. Akhir sekali, kami dinobatkan sebagai naib johan, tunduk dan akur kepada johan iaitu 4 anak muda lelaki dari Permata Pintar. TERCABAR! HAHA. Lepas dapat hadiah, terus pergi makan ayam penyet! TIBA JAHHH.

Semoga dapat turut serta lagi dalam pertandingan-pertandingan seperti ini di masa-masa akan datang dan WAJIB dapat johan pulak YA! Sekian terima kasih penganjur dan rakan-rakan yang turut serta.

Sumber :
Gambar - Kamera Jessica
Fanpage FB Kapreza 2012 -  http://www.facebook.com/kapreza12
Fanpage FB Explore UKM, Kapreza 2012 - http://www.facebook.com/ExploreUkmKapreza2012?ref=ts