Showing posts with label logo. Show all posts
Showing posts with label logo. Show all posts

RM20 Untuk T-Shirt MARAK 2012

Salam 1 Malaysia

Ini ialah promosi tempahan T-Shirt rasmi bagi program Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai (MARAK) 2012, anjuran Sekretariat Bendahari JAKSA Kolej Rahim Kajai UKM. Harga bagi seunit T-Shirt ialah RM20 yang mana menampilkan rekabentuk grafik hasil pengubahsuaian oleh saya. Bahagian hadapan T-Shirt ditampilkan logo rasmi MARAK manakala di bahagian belakang pula terdapat Tema bagi program ini.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah hadir di meja kaunter penempahan T-Shirt di Foyer Kolej Rahim Kajai, UKM pada hari Ahad (22 April 2012), pukul 9 hingga 10 malam. Tempahan haruslah dibuat segera kerana pada hari Isnin akan dimulakan proses pengiraan jumlah unit T-Shirt yang ditempah dan seterusnya rekabentuk grafik dihantar ke syarikat percetakan T-Shirt. Ketika di kaunter penempahan, anda dikehendaki menulis nama penuh, nombor telefon, maklumat saiz T-Shirt dan seterusnya melangsaikan bayaran penuh RM20. Hanya wang kecil dan secukupnya akan diterima pada ketika itu.

Jadi, rebutlah peluang untuk membeli T-Shirt ini sekarang dan uar-uarkanlah kepada rakan-rakan anda juga. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di sini dan di laman Facebook. Sekian, selamat membeli!

Sumber :
Gambar Rekabentuk Grafik T-Shirt - Persendirian

2 Pendrive Cute Percuma & RM200 - TQ dudi.wears!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Jacqueline Atat telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Logo & Motto Contest anjuran syarikat perniagaan dudi.wears yang diterajui oleh Muhammad Adib! Jac menang untuk kedua-dua kategori Logo Paling Kreatif & Logo Paling Banyak LIKES yang mana setiap satunya membawa ganjaran berupa RM100 dan pendrive dengan sarungnya yang amat cute! Eh, kenapa saya yang seronok lebih? Sebab saya giat membantu dia dengan promosi LIKES walaupun gambar yang menang kategori tersebut hanyalah memperoleh 17 LIKES berbanding pesaing lain yang lagi kurang jumlah LIKESnya. :P Oleh itu, saya dapat sedikit wang daripada Jac termasuk 1 pendrive LOL. Thanks Jac, Thanks Adib!

Pertandingan ini sebenarnya telah lama dianjurkan dalam tahun 2012 ni, cuma hadiah pendrive baru saja dapat, sebab tu baru nak update blog. Alkisahnya ganjaran awal untuk pertandingan ini hanyalah RM80 + Pendrive, namun setelah masa pertandingan dipanjangkan, maka hadiah wang tunai pun ditambah menjadi RM100. Yang bestnya bila Jac pulak yang bolot kedua-duanya. Saya fikir nak masuk tapi disebabkan tidak mahu Adib bertindak bias, maka tak jadi join. (Adib is my close fren :P)

Jadi, inilah hadiah pendrive yang dikatakan itu. Jac ambil Domo, saya ambil DSLR hehe.






Yang atas sekali tu Paling Kreatif dan dijadikan sebagai Logo Rasmi dudi.wears manakala yang sebelah bawah ni Paling Banyak Likes! Setuju dengan logo rasmi tu! Gambar tak jelas sebab main curi je logo tu kat FB LOL. Akhir kata, disebabkan hadiah yang comel itu, saya menggalakkan anda semua mengeLIKE fanpage FB dudi.wears dan masuklah group FB jugak. DAN jangan lupa untuk tempah T-Shirt murah-murah di situ :P Sekian.

Sumber :
Sumber logo daripada Fanpage FB dudi.wears -  http://www.facebook.com/dudi.wears
Group FB dudi.wears -  http://www.facebook.com/groups/275269195883295/
Gambar Pendrive - Persendirian.

Logo & Motto Contest for dudi.wears

Salam 1 Malaysia

Jom join pertandingan mencipta logo & moto untuk syarikat perniagaan dudi.wears yang diterajui oleh saudara Muhammad Adib. dudi.wears adalah syarikat perniagaan tempahan pakaian, perkakasan & penerbitan rekabentuk grafik yang menjanjikan harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh layari page FB dudi.wears (http://www.facebook.com/dudi.wears) & hubungi nombor telefon serta emel yang telah dinyatakan. Berbalik kepada pertandingan yang disebutkan tadi, sila rujuk poster di bawah. Senang saja untuk menang pendrive cute & wang tunai RM100 kan? Jom!

Poster Pertandingan 'Logo & Motto Contest for dudi.wears'
Sumber gambar : page FB dudi.wears http://www.facebook.com/dudi.wears