Salam 1 Malaysia

Mungkin semua warga Kolej Rahim Kajai yang memiliki akaun Facebook sudah mengetahui yang Dent Hensem secara tiba-tiba dilantik menjadi ketua Flatlet K17E. Ya, memang sangat random awesome tapi takdelah special pun sebab kawan-kawan lain pun ada yang dilantik juga seperti Azwan Serizawa & Farid Kamaruddin. 

Hayati notis di bawah :
Err, sepatutnya namaku DOUBLE D. :P
Disebabkan proses penilaian kolej akan bermula (tak pasti nama khasnya), maka warga KRK akan bertungkus-lumus memastikan kolej ini merangkul johan sekali lagi (katanya KRK johan tahun lepas). Oleh itu salah satu tindakannya adalah memantapkan semula organisasi blok dan mempertingkatkan aspek keselamatan kolej. Sekarang kita boleh lihat papan tanda 'KELUAR' yang bercahaya itu sudah pun menakluki setiap blok & flatlet malah sedikit sebanyak membantu kita semua ketika BLACK OUT semalam dengan memancarkan sedikit cahaya sucinya. 

Memendekkan cerita lagi, pagi tadi baru saja mendapat panggilan pertolongan kejutan bangun tidur daripada Kak Pejabat (namanya dirahsiakan, HAHA) memaklumkan bahawa Dent Hensem perlu mengambil peti pertolongan cemas yang dikhaskan kepada ketua blok untuk menyimpannya dan menggunakannya apabila ahli-ahli blok merasakan mereka dalam situasi cemas. Habislah aku yang CEMAS nanti, tak pernah-pernah nak uruskan orang yang cemas. Takpe, nanti sama-sama cemas, sama-sama belajar. And stop saying me POYO! :P

Jadi, berikut adalah gambarajah & petunjuk untuk kandungan peti CEMAS tersebut. Walaupun dah ada Guide Book kat situ, tapi tak salah nak membantu anda untuk lebih faham kan? Nah, terimalah!

Gambarajah Bahagian Dalam Peti Pertolongan Cemas
1. Latex Examination Gloves
- Rintangan terhadap darah atau bendalir yang tercemar semasa memberikan bantuan kepada pesakit.
2. Cotton Buds
- Untuk membersihkan luka dan sapu ubatan.
3. Triangular Bandage
-Pembalut segitiga untuk membalut patah dan kehel tulang, mencegah pergerakan dan mengekalkan splin.
4. Gauze Swabs (2 kotak)
- Untuk membersihkan luka dan balutan luka.
5. W.O.W Bandage- Untuk balutan dan pembalutan luka.
6. Surgical Tape
- Tape lindungan kepada balutan.
7. Safety Pins
- Untuk mengemaskan pembalutan. Kalau dibasmi kuman dengan membakar hujung pin, sesuai untuk mengeluarkan serpihan kayu dalam kulit.
8. Cotton Wool
- Untuk mencuci luka.
9. Flanil Analgesic Cream 
- Krim luaran untuk melegakan sakit otot dan sendi.
10. Dettol Anticeptic Germicide 
- Cecair antiseptik pembunuh kuman.
11. Crepe Bandage
- Pembalut sendi terseliuh, mengenakan tekanan pada luka dan mengurangkan bengkak.
12. Folding Scissors
- Gunting lipat. Sah-sah untuk menggunting kain pembalut dan sebagainya.
13. Medicated Oil
- Untuk kelegaan sementara bagi sakit otot dan sendi.
14. Bacidin Antisepic Cream
- Krim luaran untuk kulit melecet, jangkitan kulit, lecur dan luka ringan.
15. Yellow Lotion Antiseptic Liquid
- Cecair antiseptik untuk kecederaan kulit seperti luka, melecet, luka bernanah dan luka akibat terbakar.
16. Alcohol Prep Pad 
- Google-lah. :P
17. Plaster Strips
- Plaster luka dan calar ringan.
18. Medical Contents And User Guide & First Aid  And General Hygiene Guide

Kalau tak faham jugak, tanya ahli BSMM! Kita semua perlukan latihan untuk menghadapi hari kecemasan yok! Sekian.

0 komen ϟ lettew:

Post a Comment