Showing posts with label jessica azure. Show all posts
Showing posts with label jessica azure. Show all posts

Karier Sidang Majalah Eternity - TQ Kak Aishah & Media Glam!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Mengikut haluan kecintaan saya terhadap dunia penerbitan, saya sudah pun bekerja hampir setahun dengan Majalah Eternity di bawah Media Glam! Terima kasih kepada Kak Aishah yang memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai pekerja separuh masa yang mengendalikan 2 muka surat bagi satu kolum di dalam majalah atas talian tersebut. Kolum yang diberi nama Geng Kampus itu memaparkan barisan belia-belia kampus pengajian tinggi yang berkongsi cerita dan pendapat mereka mengikut tema bulanan majalah tersebut. Belia-belia ini juga berkongsi sedikit maklumat biodata mereka di samping menghadiri proses penggambaran yang telah dirancang. Kebanyakan tugas-tugas mencari model, editing, temuramah dan pengendalian penggambaran dilakukan oleh saya sendiri kecuali jika dinyatakan. :P Jadi, untuk tahun 2012 ini saya telah menghasilkan 11 kolum Geng Kampus (Januari hingga November) dan 2 muka surat bagi kolum Artis Antarabangsa & Hiburan bulan April 2012.

Berikut adalah hasil inovatif saya dan beberapa tenaga gerak kerja pembantu iaitu jurugambar Ares Harith, Jessica Azure & Fahmi Masrom :

Januari 2012

Februari 2012

Mac 2012

April 2012

Mei 2012

Jun 2012

Julai 2012

Ogos 2012

September 2012

Oktober 2012

November 2012

Artis Antarabangsa April 2012

Hiburan April 2012

Terima kasih juta-juta kepada Kak Aishah, Media Glam, kawan-kawan jurugambar dan model-model sekalian! Mohon tahun depan dapat teruskan Geng Kampus lagi hikhik. Mohon membaca majalah atas talian di portal Media Glam dan mengeLIKE fanpage Media Glam di FB Sekian.

Sumber :
Portal Media Glam - http://www.mediaglam.com/
Fanpage FB Media Glam - http://www.facebook.com/pages/Media-Glam/110035409114898?fref=ts

Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) - TQ UKM!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Setelah lima tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi, akhirnya super-senior ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Genetik) pada 21 Oktober 2012 ketika hari graduasi bagi beberapa fakulti termasuk Fakulti Sains dan Teknologi. Walaupun pointer adalah kurang daripada 3.0, namun saya masih berbangga kerana sempat untuk menamatkan pengajian saya hehe.

Hari Konvokesyen tersebut tidaklah menjadi prioriti saya, malah saya tidak berkeinginan pun untuk menghadirinya namun kerana emak saya mahu melihat saya di atas pentas, saya memenuhi permintaannya. Semoga dia bangga akan anaknya yang hensem ini (=.=) . Kehadiran adik dan sahabat-sahabat saya juga mengundang rasa sebak. Antara sahabat yang hadir dan ringan tulang ialah Jessica Azure, Nazmi Sakeh, Pie Fairuz, Zaidulkhair, Muhammad Adib, Azreen Zolkafli & Zetty Akhtar. Pengangkutan, penginapan, penggambaran, sokongan, kehadiran, hadiah, koir, jimba-an semuanya daripada mereka. TERIMA KASIH! :) Semoga suatu hari nanti saya dapat membalas jasa-jasa mereka! :D

Tidak banyak yang mahu diceritakan. Sekian, saya kini GRADUAN UKM! YAY!



4 Tiket Desa WaterPark & Hamper - TQ KAPREZA!

Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Berjaya jugak kumpulan Glee Rangers daripada geng Kajai's Glee Club : Zealous Foxies mendapat tempat kedua dalam pertandingan Explore UKM anjuran Karnival Premier Za'ba (KAPREZA), Kolej Pendeta Za'ba UKM. Pertandingan tersebut baru saja dijalankan tadi iaitu 21 April 2012, 8 pagi hingga 12 tengah hari di KPZ. Pertandingan ini ala-ala Explorace & Amazing Race-lah. Ganjaran kami adalah 4 tiket ke Desa WaterPark dan hamper tempat kedua! Yeah tak sabar mahu berjimba dengan air! Sijil penyertaan tidak pula pasti akan dapat atau tak.

Rangers yang terlibat selain saya adalah Faizal Shaifuldin (penari UKM), Jessica Azure (koir UKM) dan Yuslaini Azmi (atlit UKM). Pada asalnya Anne merupakan ahli asal kumpulan kami tapi terpaksa digugurkan di saat-saat akhir dan digantikan dengan Yuslaini. Pada mulanya si Anne yang ajak saya untuk turut serta dalam pertandingan ni, kebetulan pula saya memang telah nampak poster pertandingan tersebut di merata-rata di UKM. Saya semakin teruja apabila setiap kumpulan yang bertanding akan mendapat ganjaran cuma bezanya untuk pemenang pertama akan mendapat 4 tiket ke Sunway Lagoon. Dan itulah yang menjadi peransang kami semua HAHA. Saya setuju untuk ikut sama tapi mesti mencari lagi 2 orang ahli untuk mencukupkan 4 orang. Jadi, saya pada masa itu terfikir-fikir siapa yang mampu memberi sumbangan untuk kemenangan kumpulan. Ternyata Faizal yang dikenali dengan aksi ligat bertenaga dan keramahannya merupakan aset penting kumpulan. Begitu juga Jessica yang memiliki kereta Kancil sebagai pengangkutan tetapi sayangnya tak dapat digunakan semasa pertandingan. Dan Yuslaini dipilih menggantikan Anne yang juga seorang atlit sukan. Yang kagumnya, Yuslaini baru saja dihubungi kira-kira pukul 7 pagi tadi dan terus setuju untuk turut serta! GIGIH! :P

Sepanjang pertandingan, kami yang berpakaian baju merah berlari-lari mencari klu di serata tempat dan antara cabaran menarik di check point adalah memasukkan benang dalam deretan jarum yang dicucuk atas span dan mencari 20 reben di celah-celah pokok. Dan juga tak lupa tiup tepung untuk ambil gelang getah menggunakan mulut! Penuh tepung di muka, rambut dan baju! Juga kesian Jessica tertinggal di belakang HAHA.Yang gugup jantungnya, cuma ada sedikit kontroversi di akhir pertandingan namun telah dapat diselesaikan dengan lancar oleh pihak penganjur. Akhir sekali, kami dinobatkan sebagai naib johan, tunduk dan akur kepada johan iaitu 4 anak muda lelaki dari Permata Pintar. TERCABAR! HAHA. Lepas dapat hadiah, terus pergi makan ayam penyet! TIBA JAHHH.

Semoga dapat turut serta lagi dalam pertandingan-pertandingan seperti ini di masa-masa akan datang dan WAJIB dapat johan pulak YA! Sekian terima kasih penganjur dan rakan-rakan yang turut serta.

Sumber :
Gambar - Kamera Jessica
Fanpage FB Kapreza 2012 -  http://www.facebook.com/kapreza12
Fanpage FB Explore UKM, Kapreza 2012 - http://www.facebook.com/ExploreUkmKapreza2012?ref=ts