Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Jacqueline Atat telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Logo & Motto Contest anjuran syarikat perniagaan dudi.wears yang diterajui oleh Muhammad Adib! Jac menang untuk kedua-dua kategori Logo Paling Kreatif & Logo Paling Banyak LIKES yang mana setiap satunya membawa ganjaran berupa RM100 dan pendrive dengan sarungnya yang amat cute! Eh, kenapa saya yang seronok lebih? Sebab saya giat membantu dia dengan promosi LIKES walaupun gambar yang menang kategori tersebut hanyalah memperoleh 17 LIKES berbanding pesaing lain yang lagi kurang jumlah LIKESnya. :P Oleh itu, saya dapat sedikit wang daripada Jac termasuk 1 pendrive LOL. Thanks Jac, Thanks Adib!

Pertandingan ini sebenarnya telah lama dianjurkan dalam tahun 2012 ni, cuma hadiah pendrive baru saja dapat, sebab tu baru nak update blog. Alkisahnya ganjaran awal untuk pertandingan ini hanyalah RM80 + Pendrive, namun setelah masa pertandingan dipanjangkan, maka hadiah wang tunai pun ditambah menjadi RM100. Yang bestnya bila Jac pulak yang bolot kedua-duanya. Saya fikir nak masuk tapi disebabkan tidak mahu Adib bertindak bias, maka tak jadi join. (Adib is my close fren :P)

Jadi, inilah hadiah pendrive yang dikatakan itu. Jac ambil Domo, saya ambil DSLR hehe.






Yang atas sekali tu Paling Kreatif dan dijadikan sebagai Logo Rasmi dudi.wears manakala yang sebelah bawah ni Paling Banyak Likes! Setuju dengan logo rasmi tu! Gambar tak jelas sebab main curi je logo tu kat FB LOL. Akhir kata, disebabkan hadiah yang comel itu, saya menggalakkan anda semua mengeLIKE fanpage FB dudi.wears dan masuklah group FB jugak. DAN jangan lupa untuk tempah T-Shirt murah-murah di situ :P Sekian.

Sumber :
Sumber logo daripada Fanpage FB dudi.wears -  http://www.facebook.com/dudi.wears
Group FB dudi.wears -  http://www.facebook.com/groups/275269195883295/
Gambar Pendrive - Persendirian.

0 komen ϟ lettew:

Post a Comment