Salam 1 Malaysia

Yay! Syukur Alhamdulillah. Percubaan pertama menyertai pertandingan slogan anjuran Majalah Galaxie Malaysia membuahkan kemenangan 2 Tiket Percuma Tayangan Perdana Filem Mirror Mirror di GSC Mid Valley, 28 Mac (Rabu), jam 9 malam. Terima Kasih GALAXIE! Menang memang best, dapat tengok awal daripada tayangan sebenar 29 Mac pun best HAHA. Filem ini adalah cerita lagenda Snow White yang dilakonkan oleh Lily Collins sebagai Snow White dan Julia Roberts sebagai permaisuri yang jahat.


Ceritanya bermula apabila fanpage FB Galaxie Magazine Malaysia dan blog rasmi mereka menganjurkan pertandingan mencipta slogan dengan menjawab soalan ini, "Who's the fairest of them all, Lily Collins or Julia Roberts and why (in less than 15 words)" . Dengan terujanya saya mereka slogan berbunyi, "
Julia Roberts because the mirror has a bias in its perception of fairness influenced by Julia's narcissism". YEAH! Beberapa hari kemudian, pihak Galaxie menelefon untuk mengkhabarkan berita gembira. Walaupun panggilan pertama diingatkan salah nombor, dan saya menamatkan panggilan tersebut, tapi Galaxie tetap gigih menelefon untuk kali kedua yang nyata bukan salah nombor! Gembira weh! Dan apabila ditanya samada mahu datang menonton atau tidak, jelas sekali jawapannya YA! :P Nama beberapa best friends muncul di kepala, namun ternyata Muhammad Adib adalah teman yang bertuah! Dia SETUJU! :P
Snow White & 7 Dwarfs

Hari kejadian, dengan gigihnya bertolak dengan motosikal mengejar masa, dari pukul 7 lebih, sampailah ke destinasi pada pukul 8 lebih. Sempat juga bertanya laluan jalan kat Pak Cik Guard. HEHE. First time naik motosikal kot pergi Mid Valley. Yang bestnya, kitorang parking kat tempat letak kereta bertingkat sebab tak jumpa tempat parking motosikal! Nasib baik selamat je.



Untuk mengetahui jalan cerita Mirror Mirror ni, tontonlah sendiri di pawagam HEHE. Tapi penamat jalan cerita ni stail! Saksikan video http://www.youtube.com/watch?v=HNHZaCqURQg [I Believe (In Love)] nyanyian Lily Collins. Sebenarnya Lily ni anak penyanyi lagenda Phil Collins. :P Sekian, moga menang lagi tiket percuma. HEHE.

Sumber :
Fanpage FB Galaxie Magazine Malaysia -  http://www.facebook.com/GalaxieMagazine
Blog Galaxie -  http://galaxieblog.com.my/
Gambar Jimba - Ihsan kamera Muhammad Adib
Video YouTube I Believe (In Love) -  http://www.youtube.com/watch?v=HNHZaCqURQg

2 komen ϟ lettew: