Salam 1 Malaysia
Yeah! Nama saya Amad Zuddento Benjamin. Saya berasal dari Tawau, Sabah. Okay, tipu saja. Wah, akhirnya niat untuk perform di PENTER Season 2 berjaya juga. Tapi bukan bersama Kajai's Glee Club : Zealous Foxies tapi dengan geng Sabahan Dance Troops menjayakan Tarian Sumazau di bawah pimpinan Mama Vee. Tujuan sebenar persembahan ini adalah untuk pertandingan tarian di USM namun atas permintaan Abang Amar B., maka ia dipertontonkan di PENTER S02E01 pada 21 Mac 2012, Panggung Seni, DECTAR, UKM. Walaupun saya terlupa step dan tanjak tunduk rebah, tapi saya bangga dapat menari tarian tradisional Sabah yang mana ketika itu baru beberapa hari saja berlatih! :P

Okay, Tarian Sumazau
 merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. 
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Dan beginilah rupa kami berpakaian pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas selepas persembahan :

Belakang dari kiri : Dento, Nelson, Bronny, Faris
Depan dar kiri : Misya, Brenda, Gloria, Clara

Eh kejap, lepas membuat persembahan Tarian Sumazau ini, saya sempat menonton persembahan penutup PENTER iaitu daripada No Noise Percussion. Best giler! Energetik! Mantap! Diorang mengaplikasikan teknik menggunakan alat terpakai atau terbuang yang bukan dihasilkan untuk tujuan alat muzik atau menghasilkan bunyi. Tong sampah, Kon jalanan & Piring ASTRO antara objek yang menjadi mangsa mereka. Untuk enjoy persembahan diorang, jom layan video kat YouTube : 
http://www.youtube.com/watch?v=BzmoMzSgaIo&feature=youtu.be

Sumber :
Laman Sesawang PENTER - http://www.penter.org/
Fanpage FB PENTER - 
http://www.facebook.com/penterukm

Wikipedia Tarian Sumazau - http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazau
Fanpage FB No Noise Percussion - http://www.facebook.com/nonoisepercussion
Video YouTube Persembahan No Noise Percussion di PENTER S02E01 - http://www.youtube.com/watch?v=BzmoMzSgaIo&feature=youtu.be

0 komen ϟ lettew:

Post a Comment