Salam 1 Malaysia

Artikel 'Untukmu, UKM' ini mengisahkan tentang beberapa aktiviti atau lokasi di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi yang melakarkan jutaan kenangan saya bersama kawan-kawan, pensyarah mahupun warga UKM yang lain. Ia adalah berdasarkan perspektif peribadi milik pelajar tahun kelima yang bakal menghabiskan sisa-sisa hidupnya di UKM untuk beberapa bulan sahaja lagi. Bermula dari abjad A, berakhir dengan abjad Z, semua datangnya dari lubuk hati saya, Muhammad Faizzuddin Bin Jasmani, A118634, dan hanyalah Untukmu, UKM.

A. Akademik
Akademik merangkumi sesi pengajian sepanjang 5 tahun di bangunan Biologi Fakulti Sains & Teknologi khususnya. Walaupun kurang gemar dengan jurusan Genetik yang diambil, namun ilmu yang ditimba kelak berguna juga suatu hari nanti. Menurut beberapa pensyarah, jurusan ini antara yang Hardcore dan yang diterima sebagai penuntut jurusan tersebut bukan calang-calang pelajarnya (kembang sekejap). Namun sebab banyak sangat berjimba, tidur dalam dewan kuliah, keputusan pun ala kadar sahaja. Akademik juga ditujukan kepada Bahagian Pengurusan Akademik yang banyak membantu menyelesaikan masalah akademik pelajar (banyak masalah rupa-rupanya).

B. Balapan
Balapan di Kompleks Sukan UKM! Walaupun bukan atlet sukan (tinggal di kolej kediaman atlet sukan, KRK), tak semestinya tak boleh guna kemudahan balapan tu. Tapi tujuan mesti betul ya! Saya yakin saya sihat, jadi berjogging keliling balapan sekadar beriadah dan nak membuktikan kepada mereka yang tak yakin dengan kemampuan saya dalam aktiviti bersukan atau berpeluh kuat! 10 pusingan tanpa henti di bawah 20 minit itulah pencapaian terbaik saya. Banggalah sebagai seorang yang bukan atlet sukan! Eh, kawan saya cakap dia berjogging di balapan sebab nak 'ushar' orang. Hmmm.

C. CIMB & Bank Islam
Patut saya rangkumkan kesemua bank-bank dan ATM yang banyak memudahkan warga UKM tapi saya tulis dua bank saja disebabkan saya selalu menggunakan perkhidmatan dua bank ni. Mendapat biasiswa JPA, memerlukan saya ada akaun Bank Islam. Walaupun bayaran wang selalu masuk lambat, tapi bila dah masuk saja wangnya, sesak ATM-nya! Eh, sebelah ATM ada cermin dua fungsi!

D. DECTAR
DECTAR adalah singkatan kepada Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Sejak masuk UKM di tahun satu lagi, kita semua dibiasakan berada di situ. Masa mula-mula masuk, ketika Minggu Mesra Mahasiswa/i (2007), semua pelajar tahun 1 pasti tidur dengar ceramah dan sebagainya sebab penat sangat dengan aktiviti yang padat. DECTAR juga tempat berlakunya Perang DECTAR yang mana pada ketika itu dimenangi oleh kolej saya, Kolej Rahim Kajai! DECTAR juga menjadi lokasi tetap untuk majlis makan malam anjuran Majlis Eksekutif Dinner Kajai (MEDiK). Sini jugalah banyak kali boleh tonton segala macam jenis persembahan. Sesiapa belum tawaf DECTAR, silakan. Selamat sesat ya!

E. e-Pelajar, SMPWEB, SPIN, Kewangan
Harus tak boleh lupa punya! Perkembangan dan pengumuman terkini UKM boleh disemak di e-Pelajar. Nak semak hutang pelajar boleh layari laman Kewangan pelajar. Masa ni mulalah nak pertikaikan kenapa kolej kenakan yuran khas yang mahal dan sebagainya. SPIN khas untuk mereka yang malas, eh gurau saja. Nota kuliah di SPIN sangat banyak membantu okay! Saya mewajibkan semua pensyarah tidak kedekut, walaupun dikhuatiri pelajar tak datang kelas pun. Membantulah selagi mampu. SMPWEB paling penting. Tanpanya, tiada subjek akan didaftarkan. Siap ada tarikh untuk sah sana, sah sini. Ketika inilah pelajar merungut subjek bertindih la, yang pemalas pula selalu lupa nak sah-sah semua tu. :P

F. F (Kolej Rahim Kajai)
Mesti ramai tak tahu yang setiap kolej kediaman ada huruf mewakilinya. F untuk Kolej Rahim Kajai yang juga mengambil Fox sebagai maskot haiwannya. Ini tak boleh lupa. Membesar dari pelajar tak matang dari Tahun 1 sampailah ke pelajar separuh matang di Tahun 5. Super-senior! Sampai menang anugerah 'Pelajar Paling Popular' 2011 (Itu sekadar nak bangga sekejap). Mesti semua orang nak cakap saya mencapub?Haha. Saya memang aktif dengan aktiviti kolej. Sayang KRK! Saya setia dari bilik di blok K16B310 hinggalah ke flatlet K17E102, tetap tak mahu keluar KRK (dan syukur tak dibuang kolej). Eh, ada jugak yang setinggan ya?

G. Gerak Sana-Sini
Hoi pemilik kenderaan persendirian semua, anda ternyata tak sihat. Tiru macam saya. Hanya bas UKM, rapidKL dan dua kaki sendiri yang menjadi pilihan. Sejujurnya lebih kepada penggunaan kaki sendiri. Jarak FST dengan KRK taklah jauh sangat. Oh, bukan tak guna motosikal atau kereta langsung, tapi hari-hari banyak diisi dengan cara jalan kaki, itulah yang sihat kurus sentiasa. :P Oh, jujurnya saya tiada lesen kereta, nantilah buat. Basikal! seronok juga pinjam basikal di Pusat Sukan selama beberapa minggu. Percuma saja. Kesimpulannya, tetap jalan kaki. Berjalan ke Stesyen KTM UKM. :)

H. Hari Festival
UKM memang kaya dengan festival. Kolej nak buat festival, fakulti pun nak buat festival, kelab-kelab pun sama. Selalunya mengambil tempat di Dataran Panggung Seni DECTAR & Dataran Gemilang. KRK dahulunya terkenal dengan Majlis Eksekutif Festival Kajai (MEFeK) namun tahun ni dimansuhkan. Sempat juga menganggotai organisasi festival ni. Memang tak dinafikan pengalaman berurusan dengan orang luar mencabar dan lagi mencabar nak tarik kunjungan penonton. Kalau artis terkenal datang, barulah gempak. Pesta Konvokesyen selalunya berjaya jika nak dibandingkan dengan mana-mana festival di UKM ni. Pesta konvokesyen yang terkini ada pengumuman waktu solat okay! Bagus! :)

I. INFO@KAJAI
Okay, warga bukan Kajai pasti terpinga-pinga. Ini adalah nama buletin keluaran Biro ICT & Penerbitan JAKSA KRK sejak tahun 2007 sehinggalah 2011. Ada ketikanya saya terlibat dan ada ketikanya saya tidak terlibat pun. Kebanyakan keluarannya menampilkan saya sebagai Ketua Editor. Rindu zaman menjadi pengedar naskhah buletin ini di bawah pintu setiap bilik di KRK. Kadang-kadang disalahertikan sebagai naskhah politik. Aduhai. Tapi yang paling ekstremnya, selepas saja kami sorong masuk bawah pintu, ada yang terus buang lepas tu. Tak baca pun. Sedih sekejap. Tapi tak apa, saya tetap cinta akan penerbitan!

J. JAKSA
Singkatan kepada Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi. Saya diangkat menjadi JAKSA KRK ketika di tahun 3 sebagai pengerusi Biro ICT & Penerbitan. Itu yang semakin giat buat buletin INFO@KAJAI malah sempat menerbitkan sebuah majalah tahunan/khas KRK! Kalaulah jawatan JAKSA ini adalah jurusan saya, mesti 4.0 setiap semester. :P . Tapi saya terlalu asyik, tesis tak buat. Sebab itulah juga saya masih belajar sampai tahun kelima. Tapi tak apa, semua ini pengalaman dan demi kecintaan terhadap bidang penerbitan. Saya masih ingat ketika di tahun 1, kerana rapat dengan abang-abang dan kakak-kakak JAKSA, saya dikatakan cuba membodek mereka. Ketika di tahun 2, apabila sahabat saya diangkat menjadi JAKSA untuk jawatan itu, dikatakan saya tidak puas hati lalu bermusuh dengan sahabat tersebut. Alahai, suka duka betul! Apa-apa pun, saya yakin rata-rata pelajar kolej sayang akan JAKSA ketika dia di tahun 1 kan? <3

K. 'KETAM' atau KTAMS
Mengajar anaknya berjalan betul? HAHA. Ini singkatan kepada Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Bestari . Popular ketika musim peperiksaan di dewannya. Saya ulang, 'di dewannya'! Saya tujukan warkah ini kepada tempat-tempat peperiksaan yang lain juga. Semua takut punyalah. Studi pun lewat-lewat kan? Yang bestnya, bila dah tak tahu nak jawab apa, keluar dewan lepas 30 minit waktu peperiksaan bermula. Yang cool-nya, pensyarah ada membantu kita sikit. Hehe. Eh, MidSem ada orang meniru la. Hmm.

L. Laluan Keluar Masuk UKM
Okay, saya lebih suka nak cerita tentang kon-kon yang disusun secara kreatif oleh pengawal keselamatan UKM. Mencabar betul laluannya! Maklumlah UKM ni membenarkan warganya keluar masuk tidak mengira masa. Teringat ketika di tahun 3 yang mana menumpang kereta junior tahun 1. Tahun 1 mana boleh ada kereta di UKM! Saya pula tak tahu memandu. Nak masuk pagi-pagi buta pun takut kena tahan. Haha. Asal nampak 'Pak Guard' saja ketika berhenti di simpang, terus belok ke arah lain. Haha. Kenangan.

M. Makmal
Sudah pun namanya pelajar FST, haruslah terlibat dengan makmal. Saya benci makmal. Sebab ada makmal yang mana pelajar siswazahnya berlagak macam tinggi sangat jawatannya. Ahh, benci. Antara punca saya belum habis tesis. Tapi saya sayang Makmal Genetik Cendawan sekarang ni. Aman. Dr. Fauzi pun tak jemu membimbing. Ia berada di puncak bangunan biologi, saya tetap sayang makmal ni walaupun selalu guna tangga je. =.= .

N. Naskhah Hiburan
Maafkan saya. Ia tidak selari dengan tuntutan UKM namun saya memerlukan hiburan melalui majalah seperti Galaxie. Sumber utama saya di UKM ialah di PUSKEB. Sebab rajin sangat beli di situ, sampai kakak kaunter tu kenal sejak saya di tahun 1 lagi. Tapi saya lupa nama dia.

O. Orientasi
Di UKM ia dipanggil Minggu Mesra Pelajar. Ketika di zaman tahun 1 saya, ia dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa/i (Triple M). Saat-saat comot inilah paling dirindui kita semua bila kita selak balik gambar lama-lama. Di KRK ada lakonan macam-macam oleh senior Pemudah Cara (PC). Ada aksi tendang-menendang la, menangis la, memang hebat berlakon. Ada juga istilah Ketuai, Ketui dan sebagainya. Pada malam penutup Triple M di KRK, saya sempat menjadi pengacara buat pertama kali dan terakhir. Alahai rindunya.

P. PenTer di Panggung Seni
PenTer ialah singkatan kepada Pentas Terbuka yang dikelolakan oleh Abang Amar. Tabik sama dia! Kerana dia mewujudkan satu laluan bagi semua jenis persembahan untuk dipersembahkan oleh warga UKM di samping menonjol bakat-bakat mereka yang terpendam. Oleh sebab asyik dihidangkan dengan hidangan tradisional, PenTer memperbaharui menu anda dengan pelbagai pilihan citarasa moden khususnya secara percuma, dan mereka yang mempersembahkan persembahan itu pun dengan rela hati tanpa sebarang bayaran. Ada jamuan juga hehe. Tak sia-sia saya menubuhkan Kajai's Glee Club : Zealous Foxies. Sempat buat 2 kali persembahan di situ, satu bersama Foxies, satu lagi dengan geng Sabahan. Mari semua turut serta, samada sebagai penonton ataupun peserta persembahan!

Q. Q&Q Photostat & KUSTIF
Kenal kakak-kakak di Pusanika? Yang tolong fotokopi nota kuliah kita tu. Yang tolong cetak borang kita tu. Semua kakak-kakak ni dah kenal rapat sejak tahun 1 lagi. Jangan cakap saya bodek okay. Mungkin saya suka senyum, malah memang setia berurusan dengan mereka. INFO@KAJAI pun selalu cetak dan fotokopi di sana. Nanti nak jilid tesis di sanalah! Saya suka tengok pelanggan yang tak faham bahasa nak cepat sangat dan tak bersabar, kena marah dengan kakak-kakak ni HAHA. Tertinggal pendrive pun selalu juga. Hmmm. Eh, saya masih ada keahlian KUSTIF kan?

R. Roti Impit
Yaaa. Ini baru saja menjadi kegilaan saya. Di tingkat atas bangunan Pusanika ada jual roti impit CESMED yang harganya berpatutan dan sedap! RM2.50, dengan pilihan sosej cendawan, keju atau black pepper! Kakak dan abang di gerai ni tahu yang saya pelanggan tetap! Malah saya sudah mencuba semua jenis perisa Shake! Cubalahhhhh! Promosi! :P Selalu nampak monyet besar kat situ tapi rasanya gerai ni selamat hehe.

S. Sabahan UKM
Sekarang baru saya sedar, Sabahan lebih sporting. Merekalah yang turut serta sebagai Foxies, malah saya baru sahaja membuat persembahan tarian Sumazau & Daling-Daling dengan mereka di pertandingan tarian asli Malam Citrabayu USM. Menang pula tempat kedua, kostum terbaik dan koreografi terbaik dengan kontroversi tersendiri hehe. Saya yakin saya ada wajah Sabahan (perasan) dan berharap fasih dengan loghat Sabah dan dapat melancong ke sana. :D Boleh bah kalau kau!

T. Tun Sri Lanang
Perpustakaan Tun Sri Lanang! Walaupun jarang menggunakan kemudahan ini tetapi ia ternyata berguna. Study Week, cari maklumat untuk tesis dan sebagainya. Pernah didenda sebab lambat pulangkan 2 buah buku selama setahun. Aduh. Tak banyak nak saya cerita. Haha.

U. Ubat
Pusat Kesihatan UKM! Siapa yang tak pernah sakit atau menggunakan perkhidmatan di sini memang hebatlah! Yang itu saja boleh cerita? Hmmm.

V. Vanilla
Disebabkan huruf V dah tak tahu nak letak apa, saya meletakkan Vanilla sebagai perasa kek di Bakery Pusanika. The best they bake okay! Ini pun memang setia dengan pizzanya. Oh, dan Milo Ais-nya yang lazat! Oh, buburnya yang juga lazat! Oh, kek ada macam-macam tau, bukan setakat kek Vanilla saja. Uncle & Auntie tu pun ramah, speaking juga hehe. Kenapa bubur sekarang tiada bawang gorengggg...hmm...

W. Wifi
Jaring UKM dan Tetamu UKM! Jaring UKM wujudnya ketika saya di tahun 2. Masing-masing sukelettew bila boleh terus online di bilik masing-masing. Sebelum tu semua warga KRK online di foyer samapi tengah-tengah malam okay! Siap duduk atas lantai, bawa extension plug lagi. Suasana yang sudah tidak lagi kelihatan di sini. :( . Tapi Jaring UKM memang membantulah, senang saja online di bilik, cuma masalah jaringan dan capaiannya perlu diperbaiki. Sekarang minggu cuti tapi tetap lembab.

X. XOXO
X pun tak tahu nak letak apa jadi saya letak simbol XOXO yang bermaksud cumbu dan peluk TETAPI bukan secara FIZIKAL ya! Saya tujukan kepada semua kawan-kawan dan warga UKM yang sama-sama mencipta kenangan suka duka selama 5 tahun hidupnya saya di sini sebagai seorang pelajar prasiswazah! Sayang anda semua! XOXO!

Y. Yuran
Semester dah nak habis, yuran belum selesai. Maklumlah sebelum-sebelum ni bergantung pada biasiswa JPA, sekarang disebabkan perlanjutan pengajian, saya masih menunggu Zakat UKM. Hmm.

Z. Zakat UKM
Saya layak okay! Terima kasih sebab pernah luluskan permohonan zakat saya dahulu. Dan sekarang saya masih menunggu untuk permohonan yang kedua sebab setiap semester boleh mohon sekali :) . Ada sedikit masalah di pihak pengurusan maka saya masih sabar menunggu. Lepas ni, bolehlah selesaikan hutang pelajar ye tak? InsyaAllah.

Akhir kata, Terima Kasih UKM untuk semua kenangan ini. Semoga kita berjumpa lagi setelah saya meninggalkan awak dengan segulung ijazah nanti.



# Entri ini juga adalah untuk pertandingan menulis entri blog anjuran Kolej Aminuddin Baki. Terima Kasih.

2 komen ϟ lettew: