Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Berjaya jugak kumpulan Glee Rangers daripada geng Kajai's Glee Club : Zealous Foxies mendapat tempat kedua dalam pertandingan Explore UKM anjuran Karnival Premier Za'ba (KAPREZA), Kolej Pendeta Za'ba UKM. Pertandingan tersebut baru saja dijalankan tadi iaitu 21 April 2012, 8 pagi hingga 12 tengah hari di KPZ. Pertandingan ini ala-ala Explorace & Amazing Race-lah. Ganjaran kami adalah 4 tiket ke Desa WaterPark dan hamper tempat kedua! Yeah tak sabar mahu berjimba dengan air! Sijil penyertaan tidak pula pasti akan dapat atau tak.

Rangers yang terlibat selain saya adalah Faizal Shaifuldin (penari UKM), Jessica Azure (koir UKM) dan Yuslaini Azmi (atlit UKM). Pada asalnya Anne merupakan ahli asal kumpulan kami tapi terpaksa digugurkan di saat-saat akhir dan digantikan dengan Yuslaini. Pada mulanya si Anne yang ajak saya untuk turut serta dalam pertandingan ni, kebetulan pula saya memang telah nampak poster pertandingan tersebut di merata-rata di UKM. Saya semakin teruja apabila setiap kumpulan yang bertanding akan mendapat ganjaran cuma bezanya untuk pemenang pertama akan mendapat 4 tiket ke Sunway Lagoon. Dan itulah yang menjadi peransang kami semua HAHA. Saya setuju untuk ikut sama tapi mesti mencari lagi 2 orang ahli untuk mencukupkan 4 orang. Jadi, saya pada masa itu terfikir-fikir siapa yang mampu memberi sumbangan untuk kemenangan kumpulan. Ternyata Faizal yang dikenali dengan aksi ligat bertenaga dan keramahannya merupakan aset penting kumpulan. Begitu juga Jessica yang memiliki kereta Kancil sebagai pengangkutan tetapi sayangnya tak dapat digunakan semasa pertandingan. Dan Yuslaini dipilih menggantikan Anne yang juga seorang atlit sukan. Yang kagumnya, Yuslaini baru saja dihubungi kira-kira pukul 7 pagi tadi dan terus setuju untuk turut serta! GIGIH! :P

Sepanjang pertandingan, kami yang berpakaian baju merah berlari-lari mencari klu di serata tempat dan antara cabaran menarik di check point adalah memasukkan benang dalam deretan jarum yang dicucuk atas span dan mencari 20 reben di celah-celah pokok. Dan juga tak lupa tiup tepung untuk ambil gelang getah menggunakan mulut! Penuh tepung di muka, rambut dan baju! Juga kesian Jessica tertinggal di belakang HAHA.Yang gugup jantungnya, cuma ada sedikit kontroversi di akhir pertandingan namun telah dapat diselesaikan dengan lancar oleh pihak penganjur. Akhir sekali, kami dinobatkan sebagai naib johan, tunduk dan akur kepada johan iaitu 4 anak muda lelaki dari Permata Pintar. TERCABAR! HAHA. Lepas dapat hadiah, terus pergi makan ayam penyet! TIBA JAHHH.

Semoga dapat turut serta lagi dalam pertandingan-pertandingan seperti ini di masa-masa akan datang dan WAJIB dapat johan pulak YA! Sekian terima kasih penganjur dan rakan-rakan yang turut serta.

Sumber :
Gambar - Kamera Jessica
Fanpage FB Kapreza 2012 -  http://www.facebook.com/kapreza12
Fanpage FB Explore UKM, Kapreza 2012 - http://www.facebook.com/ExploreUkmKapreza2012?ref=ts

3 komen ϟ lettew:

  1. huhuhu..best!..nak masuk tp xde geng..iye la permata pintar semua kanak2.tenaga lagi banyak..haha..tahniah dent

    ReplyDelete
  2. HAHA THANK YOU! :P . Itulah susahnya nak cari orang. Nasib baik dapat tempat kedua, tempat ketiga dan ke bawah dapat hamper je. :( Syukur :P

    ReplyDelete
  3. miss this moment ...how time flies :(

    ReplyDelete