Salam 1 Malaysia

Yay & Syukur Alhamdulillah. Setelah selesai bekerja sebagai Operator Pengeluaran Lelaki di Kilang YPC, saya kemudian diterima untuk bekerja sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya, Sungai Petani yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan saya, menggantikan guru asal yang sedang sakit. (Selain itu, kita juga boleh menggantikan guru yang sedang cuti bersalin). Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Matematik Tingkatan 2 yang bermula pada 4 September hinggalah 8 November 2012 yang lalu (lebih kurang 2 bulan lebih). Masa bekerja adalah dari pukul 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang yang mana ia adalah sesi persekolahan petang bagi Tingkatan 1 dan 2.

Bagaimanakah caranya saya mendapat tawaran pekerjaan sementara ini? Hendak dijadikan cerita, tamat sahaja pengajian pada Julai 2012 yang lalu, saya telah mengisi borang permohonan jawatan guru ganti di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan atas saranan dan dorongan bonda saya yang mahu saya mencari pengalaman mengajar dan beliau mahu melihat saya menjadi seorang guru suatu hari nanti. :D Untuk pengetahuan anda semua, bonda saya merupakan bekas pekerja Pembantu Am Rendah di pejabat sekolah tersebut yang telah sah berpencen pada bulan Februari 2012 ketika di usia 58 Tahun. Jadi, bonda saya mempunyai sikap yang rajin bertanya kepada kakitangan atau guru sekolah berkenaan, mana tahu jika ada kekosongan jawatan untuk guru ganti. Sehinggalah September 2012, barulah ada kekosongan, lalu saya diterima untuk mengajar di sekolah tersebut. Hehe.

Kelayakan? Berbekalkan sijil SPM yang baik, saya diterima mengajar. Saya tak dapat menggunakan sijil Ijazah pada ketika itu kerana saya belum menghadiri majlis konvokesyen/belum ada sijil Ijazah walaupun dah tamat pengajian. Jadi, pengiraan gaji berdasarkan kelayakan sijil SPM iaitu RM54 sehari. Sijil Matrikulasi tidak laku, tetapi STPM boleh. Malangnya saya tak ambil STPM, jadi tak dapat nak dapat gaji lebih hehe. Sekarang,saya sudah bergraduasi, maka tahun hadapan jika saya berjaya diterima lagi sebagai guru ganti di sekolah tersebut, saya boleh memperoleh sebanyak RM100 sehari! Lumayan le jugak! :D Tapi seksa sedikit sebab nak dapat gaji tu agak lambat HAHA.

Mengapa subjek Matematik? Kerana subjek itu adalah subjek yang diajar oleh guru yang saya ganti itu. Kalau dalam sijil kita terbukti pencapaian kita kurang memuaskan bagi subjek yang bakal diajar, jadi kita takkan dapat menggantikan guru tersebut. Walaupun saya layak mengajar subjek tersebut, tapi saya mempunyai tahap keraguan yang tinggi kerana kali terakhir saya belajar Matematik adalah ketika di Matrikulasi. Tapi Alhamdulillah, kesungguhan mengulangkaji buku rujukan meningkatkan keyakinan saya mengajar 5 kelas Tingkatan 2 iaitu 2A1, 2A5, 2A7, 2A8 dan 2A12. Setiap tingkatan ada lebih kurang 14 kelas. Bayangkan betapa ramainya pelajar! Kesukaran mengawal kelas berlaku di kelas-kelas terkebelakang. Tanpa rotan nipis 50 sen, maka tak makan saman! Seminggu yang pertama, hampir hilang suara akibat menjerit sana sini HAHA.

Kesimpulannya, proses pengajaran di situ BEST lah. Pada mulanya kena buat garang-garang tapi akhir-akhir dah jadi guru yang COOL :D Ada pelajar yang mengaku, pada mulanya mereka membenci saya kerana kegarangan tersebut, namun setelah hampir di penghujung persekolahan, mereka ada sedikit perasaan sayang KUANG3. Ada juga beberapa pelajar yang bagi hadiah perpisahan seperti Al-Quran, buku, choki choki, gula-gula dan coklat! Terima kasih! HEHE. Ketika mengajar, ramai juga anak-anak jiran yang dikenali. Dulu mereka panggil Abang Faiz, tapi sekarang kena panggil Cikgu! Kekok sebentar bagi mereka HEHE. Sempat juga saya bergambar dengan pelajar Tingkatan 2A1 sebagai kenang-kenangan. Guru-guru dan kakitangan sekolah di situ juga banyak membantu melancarkan proses pengajaran selain mempunyai sikap yang amat ramah. Tak lupa juga guru ganti dan guru-guru praktikal daripada UPSI yang banyak meluangkan masa bersama saya.

Akhir kata, terima kasih bonda dan semua atas dorongan, peluang, hubungan silaturrahim dan pengalaman bermakna ini. Nasihat saya kepada kawan-kawan di luar sana, jum jadi guru, hari cuti ikut cuti sekolah! BEST! HEHE. Sekian.



Sumber :
Gambar - Persendirian hasil tangkapan pelajar.

8 komen ϟ lettew:

  1. err..nak tny.. awk ambik pendidikan ker? sy ade ijazah dlm seni n dah konvo pun,but my spm result lil bit shaky hhaaha on-off..cth nye synye BM OK But subject Math n BI sy teruk..so kalu sy apply keje guru sndaran still boley lg ker utk subject BM n SENI? kalu apply guna spm atau sijil ijazah..sori for asking u so many, im so dizzy to find job..T.T.
    ---anak seni kedah---

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan pengajian tertinggi anda ialah Ijazah, jadi gunalah sijil Ijazah, boleh dapat Rm100 sehari. Tetapi untuk mengajar subjek, kenalah subjek yang anda dapat A (or B) semasa Ijazah, STPM atau SPM. Tapi kena bergantung pada kekosongan di sekolah. Kena cari sekolah yang ada kekosongan guru ganti BM atau Seni. :D

      Saya bukan dari bidang pendidikan. Tetapi alhamdulillah sijil SPM saya OK. Jadi saya boleh ajar hampir semua subjek kecuali KH & Agama Islam yang memerlukan lebih kemahiran LOL.

      Delete
    2. Salam.kalau mengajar sekolah rendah boleh dapat kadar gaji ijazah ke? Thank you :)

      Delete
    3. salam.. mce mne ye nk apply cikgu ganti?

      Delete
  2. Salan. What if, sy nk apply utk cuti sembreak yg 3 bulan tu? Sy masih lagi studio degree in pure maths. Tq in advance

    ReplyDelete
  3. Hello. Nak tanya. Kalau ajar sekolah rendah gaji guna sijil degree boleh tak ? sebab before ni diaorg cakap utk sekolah rendah gaji dibayar menggunakan sijil diploma. then sekolah menengah baru guna gaji degree. so mcm mane sbnrnya ek ?

    ReplyDelete